Thursday 14 May 2020

Umrah 2019 | Part 46 | Mekkah | Masjid Ibnu Abbas Taif

Ziarah luaran saya diteruskan lagi, kini kami menuju ke Bandar Taif yang terletak kira-kira 63 KM daripada Hotel kediaman kami yang terletak di Kota Mekkah.

 

Lokasi kami yang pertama, dibawa oleh pihak travel agent kami adalah Masjid Ibnu Abbas yang terletak di Bandar Taif.


~ Umrah 2019 | Part 46 | Mekkah | Masjid Ibnu Abbas Taif - Siapakah Ibnu Abbas r.a ~

 

Abdullah Ibnu Abbas, atau dikenali sebagai Ibnu Abbas, adalah salah seorang daripada sahabat yang berketurunan Khalifah dari Bani Abbasiyah, yang mempunyai ilmu pengetahuan yang amat luas.

Banyak hadith-hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a menjadi rujukan para ulama' yang ingin mengkaji sejarah dan agama Islam itu dengan lebih terperinci.


 
Dinding yang menempatkan kubur Ibnu Abbas r.a~

Selain daripada seorang yang berilmu pengetahuan yang luas, antara jasa beliau juga turut dicatatkan di dalam buku dimana beliau mampu meredakan keadaan umat islam selepas Peperangan Siffin dimana segelintir daripada tentera islam yang berpihak kepada Saidina Ali Abi Thalib merasa tidak puas hati tentang keputusan tahkim yang telah dijalankan.


~ Umrah 2019 | Part 46 | Mekkah | Masjid Ibnu Abbas Taif - Kawasan Luaran Masjid ~

 

Kawasan luaran Masjid Ibnu Abbas ini telah menjadi tempat dimana para peniaga kecil-kecilan untuk menjual produk tempatan seperti buah-buahan segar, barangan kulit dan lain-lain lagi.

 
 
 
 
Diantara produk yang dijual di luar kawasan masjid~

Barangan yang dijual di kawasan luar Masjid Ibnu Abbas ini ada yang murah, dan ada yang lebih mahal dari biasa. Kepada yang ingin membeli, disarankan untuk menawar harga.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment