Berada di Kota Taif yang terletak di kawasan tanah tinggi ini memang dipenuhi dengan pelbagai keistimewaannya yang tersendiri.
Selain terkenal dengan lokasi pertama Baginda Rasulullah s.a.w memulakan dakwah Baginda di luar Kota Mekkah (sejarah Islam), kini Kota Taif juga terkenal dengan penjualan buah-buahan yang segar yang mempunyai kepelbagaian jenis.
Di Pasar Buah-buahan Segar Taif ini, berlakunya aktiviti menjual beli terutamanya penjualan buah-buahan yang segar. Memang tidak dinafikan bahawa meskipun Kota Taif ini terletak di padang pasir, kini Kota Taif ini sendiri dapat mengeluarkan hasil tanaman yang sangat banyak.
Diantara buah-buahan yang dijual di Pasar Buah-buahan Segar Taif ini adalah seperti dibawah.
Diantara buah-buahan yang dijual di Pasar Buah-buahan Segar Taif~
Sayur-sayuran dan bunga juga turut dijual~
Dan yang menarik, jagung bakar yang dibakar diatas dahan kayu~
~ Umrah 2019 | Part 47 | Mekkah | Pasar Buah-buahan Segar Taif - Pencarian Wangi-wangian ~
Selain daripada Pasar Buah-buahan Segar Taif, di tepi pasar tersebut terletaknya sebuah kedai kecil yang menjual pelbagai jenis produk kecantikan, termasuk minyak wangi.
Si isteri sempat juga memborong beberapa minyak wangi (serta krim sapu yang wangi) untuk dijadikan sebagai hadiah kepada ibunya di tanah air Malaysia.
Harga yang ditawarkan disini agak berpatutan, namun disarankan juga untuk menawar bagi mendapatkan harga yang lebih murah.
~ Umrah 2019 | Part 47 | Mekkah | Pasar Buah-buahan Segar Taif - Menaiki Unta ~
Berhadapan (seberang jalan) dengan Pasar Buah-buahan Segar Taif, terdapat beberapa unta yang boleh dinaiki dengan harga 10 Riyal seorang. Namun, apabila kami menaikinya bertiga, penjaga unta tersebut memberikan kami diskaun sebanyak 10 Riyal untuk satu pusingan.
Disini saya boleh katakan bahawa seorang dewasa berharga 10 Riyal manakala bagi anak-anak kecil pula lebih kurang 5 Riyal seorang. Yang paling penting juga, harus pandai untuk menawar.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment