Thursday, 28 May 2020

Umrah 2019 | Part 49 | Mekkah | Restoran Nasi Arab Ayam Taif

Berada di Bandar Taif sejak dari pagi lagi membuatkan semua jemaah agak kelaparan, lebih-lebih lagi setelah melawat beberapa kawasan bersejarah dan juga tempat atau pusat tumpuan para pelancong.

 

Maka, pihak travel agent yang berurusan dengan kami untuk membawa kami ke Taif telah menyinggah di sebuah restoran yang menyediakan hidangan Nasi Arab Ayam.


~ Umrah 2019 | Part 49 | Mekkah | Restoran Nasi Arab Ayam Taif - Hidangan Nasi Arab Ayam ~

 

Restoran yang telah dibawa oleh pihak travel agent ini agak luas didalamnya, dengan banyak kemudahan dan tempat duduk yang disediakan untuk para tetamunya yang banyak. Boleh dikatakan keadaan dalaman restoran ini mampu memuatkan lebih daripada 60 orang di dalam suatu masa.

 
 
Keadaan dalaman restoran ini~

Segala pesanan telah dilakukan oleh pihak travel agent ini sendiri, dimana secara tidak langsung, mereka telah membelanja kami sekumpulan dengan hidangan Nasi Arab Ayam ini.

Setelah hampir menanti selama 15 minit, akhirnya makanan yang telah dipesan pun tiba.

 
 

Hidangan yang disediakan oleh restoran ini memang lazat, namun nasinya agak berminyak disebabkan rata-rata penduduk bumi arab ini suka memakan nasi yang berupa seperti ini. Ayam yang dihidangkan pula adalah lebih kurang seekor setengah bagi setiap talam.

Alhadulillah, akhirnya dapat juga makan di dalam restoran kerana ada beberapa restoran yang tidak membenarkan tetamunya untuk makan bersama-sama, bergaul diantara lelaki dan perempuan.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment