Setelah beberapa kali terdengar bahawa terdapat sebuah kedai makan yang menyediakan hidangan Kambing Bakar di sekitar kawasan MAEPS Serdang, akhirnya saya telah berjaya untuk menjejakkan kaki ke kedai makan House of Kambing dan merasai hidangan yang disediakan disini.
House of Kambing ini terletak di belakang Hall D (Hall yang biasanya digunakan oleh acara yang besar-besar seperti Malaysia Autoshow 2018 yang telah berjaya disempurnakan pada April 2018 yang lalu.
Jom saya kongsikan dengan anda makanan yang menarik yang boleh anda dapati di MAEPS House of Kambing ini.
~ MAEPS House of Kambing Review - Useful Information ~
Di MAEPS House of Kambing ini terdapat pelbagai jenis hidangan, semuanya berasaskan daging kambing. Apa yang menarik lagi, hampir majoriti hidangan kambing disini adalah disediakan dengan cara bakar.
Sudah semestinya hidangan seperti ini telah menarik minat saya untuk mencuba dan merasai dengan sendiri keenakkan dan kelazatan yang disediakan dengan menu yang berasaskan kambing bakar ini.
Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat, waktu operasi bagi MAEPS House of Kambing ini terbahagi kepada 2; Jam 11 pagi hingga 8.30 malam untuk hari Isnin hingga Khamis dan Jam 11 pagi hingga 6 petang untuk hujung minggu.
~ MAEPS House of Kambing Review - Nasi Kukus Kambing Bakar ~
Ini adalah salah satu hidangan signature yang disediakan di MAEPS House of Kambing ini. Sama seperti Nasi Kukus yang kita boleh dapati di luar, hidangan ini memberikan satu keunikkan dimana ianya dihidangkan dengan potongan daging kambing bakar.
Set hidangan yang berharga RM 10.00 ini memang bersesuaian dengan rasa daging kambing yang disediakan oleh restoran ini. Ianya berasa kemanisan dan bau kambingnya tidak terlalu kuat serta dagingnya yang lembut ini memang menjadikan hidangan ini sebuah hidangan yang istimewa bagi peminat kambing.
Selain daripada itu, set hidangan ini juga didatangi dengan kuah nasi kukus yang memberikan anda rasa kepedasan dan juga memberikan nasi anda berkuah (bagi yang sukakan nasinya berkuah).

**********
Restoran ini adalah salah sebuah restoran yang menghidangkan hidangan kambing yang sedap di sekitar Lembah Klang, terutamanya bagi mereka yang bertugas di sekitar Serdang, Putrajaya dan juga Bangi.
Sekiranya anda mempunyai masa untuk menikmati hidangan yang berasaskan kambing bakar, maka restoran MAEPS House of Kambing ini adalah destinasi yang harus anda tuju.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment