Setelah sekian lama menanti kewujudan Shell Out di Cyberjaya, akhirnya muncul jua. Terletak di Domain Cyberjaya, sebuah kedai makan Shell Out telah berjaya dikesan dan menjadi tempat kami untuk menikmatinya sewaktu makan tengah hari.
Pada kali ini, pencadang yang mencadangkan saya untuk menikmati hidangan Shell Out di Mafioso Shellaut ini adalah sahabat satu office saya, yang boleh dikatakan hantu hidangan dan masakan Shell Out.
Apakah yang menarik tentang Shell Out yang dihidangkan di Mafioso Shellaut yang terletak di Domain Cyberjaya ini? Jom saya kongsikan dengan anda.
Di Mafioso Shellaut Cyberjaya mempunyai 6 jenis seafood yang disediakan di dalam satu hidangan Shell Out; Udang, Ketam, Lala, Kerang, Kupang dan juga Pahat, dimana hidangan ini disertakan sekali dengan sayur-sayuran seperti Brokoli dan juga Jagung.
Harga untuk hidangan ini adalah sebanyak RM 35.00 sahaja, dimana harga tersebut adalah untuk 2 orang makan (termasuk sekali harga nasi).
Untuk perasa Shell Out pula, terdapat dua (2) jenis iaitu perasa Original (Gaul Cili) dan juga Butter Milk. Jika anda ingin menambah makanan di dalam makanan anda, berikut adalah jenis makanan laut dan juga harganya.
Ketam (1 pc) = RM 7
Udang (2 pcs) = RM 5
Jagung (2 pcs) = RM 2
Brokoli = RM 4
Oleh itu, sekiranya anda ingin menambah lauk di dalam hidangan anda dengan kuantiti yang banyak, adalah lebih baik jika anda memesan satu lagi set hidangan ini. Lebih berpuas hati.
~ Mafioso Shellaut Cyberjaya Review - The Original Flavor ~
Inilah salah satu hidangan Original (cili) yang ditawarkan di Mafioso Shellaut Cyberjaya, yang sangat sesuai untuk dimakan seramai dua (2) orang setiap satu set hidangan.
Hidangan yang didatangi dengan nasi ini memang melazatkan, terutama sekali kuah daripada masakan ini terasa sedikit kepedasan ketika menjamunya. Kuahnya juga memang sedap untuk dihirup dan dimakan begitu sahaja, sekiranya anda memilih untuk tidak memakannya dengan nasi.
**********
Kepada para pekerja Cyberjaya yang ingin merasai hidangan Shell Out, dan melarikan diri daripada memakan masakan campur seperti yang ditawarkan hampir kebanyakan kedai-kedai makan disini, maka Mafioso Shellaut adalah jawapannya.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
Salam
ReplyDelete