Pada suatu ketika, terdapat Nasi Lemak yang telah menjadi viral, diberi nama Nasi Lemak Royale yang terletak di Alor Star. Hasil daripada viral ini, banyak jenis-jenis Nasi Lemak Royale ini boleh didapati di kawasan Lembah Klang, namun dari manakah asalnya hidangan ini?
Ketika berada di Alor Star, kami sempat untuk menyinggah di dalam satu kedai Nasi Lemak Royale, yang merupakan branch kepada kedai Nasi Lemak Royale yang pertama.
Apakah hidangan yang disediakan disini, menyebabkan ramai yang datang dan menikmati makanan Nasi Lemak Royale disini?
Terletak di tepi jalan dari laluan bandar Alor Star ke Lapangan Terbang Alor Star, anda boleh melihat kedai ini di bahu jalan di bahagian kiri.
Di sini, terdapat banyak tempat letak kenderaan yang disediakan kepada pengunjung ke kedai Nasi Lemak Royale ini, namun ianya sentiasa penuh lebih-lebih lagi ketika waktu makan tengah hari dan juga malam.
~ Nasi Lemak Royale Alor Star Review - The Dishes and its Price ~
Nasi Lemak Royale ini tidak berbeza jika dibandingkan dengan Nasi Kandar yang anda boleh dapati di kedai-kedai mamak di seluruh Malaysia, namun terdapat sedikit perbezaan dari segi kuahnya.
Sekiranya Nasi Kandar kuahnya adalah kuah campuran (dari kari kambing, kari ikan, kari ayam, kurma ayam, ayam madu, dan lain-lain), kuah untuk Nasi Lemak Royale pula lebih kepada unsur-unsur kepedasan yang berwarna merah seperti kuah sotong cili, ayam cili, ayam black paper, dan lain-lain.
Warna Nasi Lemak Royale yang disediakan di sini tidak lari dengan warna nasi kandar, termasuk rasanya juga. Rasa Nasi Lemak Royale ini juga sangat berbeza dengan rasa Nasi Lemak Tradisional yang mementingkan rasa kelemakkannya (dengan kehadiran santan).
Untuk lauk Nasi Lemak Royale ini pula, ianya adalah serupa dengan lauk yaang ada boleh dapati di kedai mamak. Harga untuk setiap lauk yang disediakan di kedai Nasi Lemak Royale Alor Star ini adalah seperti berikut.
Nasi Sepinggan RM 2.00
Ayam Seketul RM 4.50
Daging Seketul RM 3.00
Kambing Seketul RM 6.00
Sotong Seekor RM 3.50 - RM 7.00
Telur Sebiji RM 1.00
Telur Goreng RM 1.50
Telur Masin (Setengah) RM 1.00
Ikan Seketul RM 3.50
Udang Seekor RM 10.00 - RM 25.00
Hati / Limpa Seketul RM 2.50
Hati Ayam RM 0.70
Pedal Ayam RM 0.70
Burung Puyuh RM 5.00
Itik RM 7.00
Dalca Sepinggan RM 2.00
Kacang Bendi RM 2.00
Kobis Sepinggan RM 2.00
Acar Timun Sepinggan RM 2.00
Ayam Berlada (Piru) RM 6.00
Sotong Telur RM 6.00
**********
Secara kesimpulan, Nasi Lemak Royale ini tidak lah sangat special seperti yang anda jangka-jangkakan, namun ianya menjadi unik dengan kuah-kuah campuran yang berbeza-beza berbanding dengan Nasi Kandar. Itu sahaja.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment