Ketika saya berada di Kedah di atas urusan kerja, sebelum bergerak pulang ke Kuala Lumpur, sahabat saya telah memperkenalkan kepada saya sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis makanan tradisi termasuk Ikan Pekasam yang dikatakan sedap.
Terletak di sebelah Medan Selera Pekan Rabu (yang kosong dan nampak terbiar), terdapat sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis ikan pekasam dan juga makanan-makanan tradisional yang lain.
Jom saya kongsikan barangan yang dijual di kedai ini.
Terdapat pelbagai jenis ikan pekasam yang dijual di kedai ini, termasuk ikan kembong, Sepat, Gelama, Temenung, Puyu dan lain-lain lagi. Cara pengawetan ikan pekasam ini juga agak unik, dimana ianya menggunakan campuran beras di dalam bekas awetan.
Harga untuk satu bekas ikan ini bergantung mengikut saiz bekas; saiz bekas kecil dengan harga RM 5.00 sebekas manakala saiz bekas yang besar dengan harga RM 10.00 sebekas.
Harga untuk satu bekas ikan ini bergantung mengikut saiz bekas; saiz bekas kecil dengan harga RM 5.00 sebekas manakala saiz bekas yang besar dengan harga RM 10.00 sebekas.
~ Ikan Pekasam Alor Star Review - Kerepek dan Biskut ~
Selain daripada menjual ikan pekasam, kedai ini juga turut menjual aneka jenis keropok dan juga makanan tradisi seperti kacang, sagon, kuih-muih dan pelbagai lagi disini.
Jika dibandingkan dengan harga, sudah semestinya harga keropok-keropok dan juga kuih-muih yang dijual disini lebih rendah berbanding di Kompleks Pekan Rabu.
**********
Diantara kebarangkalian faktor-faktor kedai ini menyediakan barangan yang murah adalah disebabkan kos penyelenggaraan dan juga kos sewaan yang rendah (kebarangkalian tapak ini memang milik tuan kedai).
Maka, sekiranya anda ingin mencari ikan pekasam ketika anda berada di Alor Star, anda boleh mencari kedai ini. Hanya Waze sahaja Medan Selera Pekan Rabu dan kedai ini terletak bersebelahan dengannya.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment