Wednesday, 18 July 2018

Empire Sushi Review

Tumbuh bagikan cendawan, dihurungi bagaikan semut bertemu gula adalah perumpaan yang sesuai bagi kedai makanan Jepun; Empire Sushi yang telah berjaya menawan hati kebanyakkan pengunjung dan peminat tegar hidangan Sushi.

 

Pada awalnya memang saya tidak perasan akan kedai makanan sushi ini, namun apabila pada satu hari dimana Najwa membawa pulang beberapa jenis sushi yang dibeli di Empire Sushi ternyata ianya berbeza dengan Sushi yang lain.

Ayuh saya kongsikan dengan anda hidangan sushi dan juga harga yang ditawarkan di Empire Sushi ini.


~ Empire Sushi Review - The Sushi Selections ~

 

Di Empire Sushi ini terdapat lebih daripada 60 jenis hidangan Sushi, daripada Maki Roll sehingga ke hidangan Tako Yaki, mengikut kepada keinginan dan keperluan anda pada ketika itu. Harganya juga berbeza mengikut kepada jenis-jenis bahan yang digunakan pada setiap hidangannya.

 

Berbanding dengan harga dan juga saiz setiap satu Sushi yang dihidangkan, ternyata sushi di Empire Sushi ini lebih besar sedikit berbanding dengan sushi yang boleh didapati di tempat lain. Bukan sahaja besar, malah ianya lebih murah sedikit.

Seterusnya, sesudah selesai memilih hidangan sushi yang bersesuaian dengan tekak masing-masing, maka sudah tiba masanya untuk menjamu selera.


~ Empire Sushi Review - Our Sushi Selections ~

 

Jeng Jeng Jeng..

Maka, inilah hidangan Sushi yang telah menjadi pilihan kami, dimana setiap satu hidangan sushi ini memang sedap dengan rasa uniknya yang tersendiri. Hidangan seperti di dalam gambar diatas hanyalah RM 34.20 sahaja, terdiri daripada 11 jenis sushi dan 2 jenis Onigiri.

 

Sekiranya anda menikmati hidangan ini di sini, maka anda boleh memesan minuman Green Tea yang berharga RM 1.50 untuk satu cawan. Menariknya, anda boleh minum seberapa banyak Green Tea yang disediakan disini tanpa membayar bayaran yang lebih.

Maka, minumlah minuman yang berkhasiat ini banyak-banyak.


~ Empire Sushi Review - Our Testing Time ~

 

Bagi anak-anak kami, ini adalah merupakan satu hidangan yang agak asing, kerana mereka jarang menemui hidangan sushi seperti ini. Siap di asing-asingkan lagi isi dengan nasi daripada onigiri, dan hanya memakan nasinya sahaja.

 

Melihat gelagat mereka di dalam mencuba hidangan yang baharu, serta usaha mereka untuk merasai hidangan sushi ini memang suatu pengalaman yang menarik.

Menurut kepada si isteri dan juga Najwa, hidangan Sushi yang disediakan disini memang sedap. Mereka siap meluahkan rasa ingin memakan di sini lagi sekali kelak, lebih-lebih lagi si isteri yang sangat sukakan makanan seperti ini.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post-post yang akan datang, lebih banyak menceritakan tentang perkongsian kami menikmati makanan, pemandangan dan juga pengalaman kami di dalam mahupun di luar Malaysia.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment