Thursday 10 September 2020

Taman Botani Putrajaya Review | Part 1

Taman Botani Putrajaya adalah salah satu taman rekreasi yang agak terkenal dikalangan penduduk di Putrajaya dan juga penduduk di Selangor yang tinggal di persekitaran dengan Putrajaya dengan pemandangannya yang menarik dan menenangkan.



Taman Botani Putrajaya yang terletak berhampiran dengan Bulatan Putrajaya dan juga bersebelahan dengan Jabatan Perdana Menteri ini adalah taman rekreasi awam dimana kemasukkan ke dalam taman rekreasi ini adalah percuma.

Ramai yang tidak mengetahui kewujudan Taman Botani Putrajaya ini, dimana saya akan rungkaikan Taman Botani ini secara keseluruhan di dalam dua (2) bahagian.


~ Taman Botani Putrajaya Review | Part 1 - The Main Building ~


Untuk memasuki ke kawasan Taman Botani ini memang banyak, namun jalan utamanya untuk memasuki ke kawasan Taman Botani ini adalah dengan melalui bangunan utama (boleh dilihat di bahagian kanan ketika memasuki ke dalam kawasan Taman Botani, dari jalan utama).

Bangunan ini memang jarang orang masuk dan lalui, kecuali untuk melihat beberapa kawasan yang hanya boleh di dapati menerusi bangunan ini, yang akan saya kongsikan di dalam post ini.



Kawasan hadapan bangunan utama ini boleh dilihat beberapa bentuk daun-daunan yang telah ditekap di atas setiap tile, serta nama-nama scientific masing-masing. Kira-kira lebih daripada 30 jenis daun-daunan yang telah dijadikan sebagai sumber di kawasan ini.


~ Taman Botani Putrajaya Review | Part 1 - Terrarium Area ~

Seterusnya, adalah kawasan bawah bangunan ini yang menempatkan beberapa koleksi tumbuh-tumbuhan yang diletakkan di dalam bekas bagi melihat tumbesaran tumbuh-tumbuhan, yang diberi nama Terrarium.



Di kawasan ini menempatkan hampir sepuluh (10) jenis bekas yang mempamerkan tumbuh-tumbuhan yang terpilih bagi mengkaji tumbesaran tumbuh-tumbuhan tersebut.





Kawasan ini memang menarik bagi mereka yang inginkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan tumbesaran dan juga jenis-jenis tumbuhan mengikut kepada lokasi muka bumi. 


~ Taman Botani Putrajaya Review | Part 1 - Floria Area ~



Kawasan kedua yang boleh didapati dengan melalui kawasan bangunan utama pula adalah sebuah taman flora yang dikenali sebagai Floria. Di sini, terdapat pelbagai jenis tumbuhan serta maklumat-maklumat berkenaan dengan tumbuhan tersebut yang telah disediakan oleh pihak pengurusan.




Peta keseluruhan Taman Botani Putrajaya juga boleh didapati di pintu masuk ke Taman Floria ini, dimana kebanyakkan jalan yang disediakan adalah merupakan trek basikal dan juga trek pejalan kaki (ini disebabkan kenderaan tidak dboleh memasuki ke dalam Taman Botani ini diatas faktor keselamatan.

Maka, bergambarlah kami sekeluarga di atas jejantas yang menghubungkan Taman Floria ini.



Buat aksi bersama-sama dengan Irfan~




Buat aksi dengan Izzat pula~

Mommy dan Irfan pun turut mencuba dengan aksi masing-masing~


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan bahagian pertama di Taman Botani Putrajaya. Jumpa lagi di bahagian kedua di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment