Monday 7 September 2020

Nasi Kerabu Mok Su Sungai Merab Review

Kadang kala terasa juga ingin menikmati hidangan sarapan pagi yang lebih berat daripada biasa (biasanya memulakan hari dengan sarapan pagi yang ringan seperti roti canai dan nasi lemak), dimana sahabat saya telah membawa saya untuk menikmati hidangan makanan sarapan di Sungai Merab.


Memang ianya agak jauh daripada office, namun disebabkan terdapat barangan yang ingin dicari, maka kami mengambil kesempatan ini. Maklumlah, ingin makan tengah hari pun tidak sempat setiap hari disebabkan kerja yang agak banyak.

Jom kita lihat apakah hidangan yang dihidangkan di gerai Nasi Kerabu Mok Su yang terletak berhadapan pintu masuk INSPEN di Sungai Merab, Bangi ini.


~ Nasi Kerabu Mok Su Sungai Merab Review - The Foodies ~


Pertama sekali, memang banyak lauk-lauk yang disediakan di Nasi Kerabu Mok Su ini, daripada ikan tongkol sehingga ke lauk ayam dan daging. Selain daripada itu, terdapat juga lauk-lauk yang penambah rasa seperti solok lada, telur masin dan macam-macam lagi.


Dan lauk yang paling istimewa disini adalah ayam bakarnya yang memang menjadi lauk utama bagi para tetamu yang datang untuk menjamu selera. Jadi, apa lagi, jom kita pilih lauk yang ingin dimakan pada kali ini.



Inilah nasi kerabu yang telah menjadi pilihan perut saya ketika datang ke kedai ini, dengan kehadiran lauk yang tidak asing lagi iaitu isi dalaman dan kaki ayam serta telur masin. Rasa nasi kerabu yang dihidangkan ini memang sedap, dengan kehadiran budu sebagai penyedap rasa.


Alhamdulillah, memang rasanya mencukupi dan agak sedap dengan kehadiran teh ais sebagai penghilang kehausan tekak.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Nasi Kerabu Mok Su Sungai Merab ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment