Thursday 3 September 2020

Dataran Gemilang Persint 4 Putrajaya Review

Pada awal tahun 2020, kami berkesempatan untuk menerokai Putrajaya dengan lebih mendalam lagi, lebih-lebih lagi apabila mendapat tahu bahawa terdapat beberapa lokasi yang dibenarkan untuk bermandi, manda di Putrajaya ini.


Pada asalnya, kami ingin ke Port Dickson disebabkan oleh keinginan anak-anak kecil yang ingin bermandi pantai dan juga bermain air, namun disebabkan kami agak malas untuk travel jauh pada hujung minggu disebabkan oleh kekangan masa (kerja ofis yang banyak), maka kami sekeluarga telah memutuskan untuk berkhelah sahaja.


~ Dataran Gemilang Persint 4 Putrajaya Review - The Location ~


Pada asalnya, kami mencari-cari juga lokasi yang terdekat untuk bermandi-manda sehingga membawa kami ke Hotel Pullman Putrajaya (sebab terdapat kolam renang bersebelahan dengan hotel ini). Apabila kami pulang dari melihat kolam renang tersebut, secara kebetulan kami melalui kawasan ini dan melihat ramai anak-anak kecil yang bermandi-manda disini.

Kawasan ini berhampiran (atau berhadapan) dengan empat (4) buah kementerian yang terletak di Persint 4 Putrajaya, yang mana terletak di tengah-tengah bulatan tersebut. Ianya agak mudah untuk dicari.


~ Dataran Gemilang Persint 4 Putrajaya Review - Let's Swim ~


Kami sekeluarga tiba lebih kurang pada jam 6.30 petang di kawasan ini, terus menukarkan pakaian kepada pakaian renang lalu terus terjun ke dalam kolam renang yang boleh didapati di Dataran Gemilang ini.

Sebelum itu, harus membilas badan terlebih dahulu kerana kandungan klorin yang agak tinggi, yang juga disediakan beberapa lokasi tempat shower untuk para pelawat yang ingin bersuka-ria disini. Terdapat dua (2) kawasan yang boleh dimandi dikawasan ini, iaitu kawasan atas dan kawasan bawah.


Kawasan atas Dataran Gemilang yang terdiri daripada kolam dan air pancut~

Kawasan bawah Dataran Gemilang~

Kawasan bawah Dataran Gemilang ternyata lebih besar dan kurang sesak dengan anak-anak kecil yang bermandi-manda di sini. Selain daripada itu, terdapat juga para peniaga yang menjual makanan di kawasan atasan Dataran Gemilang ini.


Beberapa peniaga yang berniaga di perkarangan kawasan atas Dataran Gemilang~


Kawasan untuk berehat sementara menanti anak-anak habis main pula memang banyak dan memang luas, siap ada yang buka khemah lagi di kawasan bawah Dataran Gemilang ala-ala picnic.

Katanya tutup kening, sebab anak murid selalu kata dia ni Cikgu Kening~


Lepas mandi mesti kelaparan, maka kami sempat beli pisang goreng dan keropok lekor sebelum datang ke sini~

Waktu terakhir untuk berada disini, sebelum semua bersurai adalah waktu Maghrib, kerana kawasan ini akan gelap dan tiada lagi sistem pengairan dipasang ketika ini. Maka, kepada sesiapa yang berminat nak bawa anak-anak bermain air, boleh lah datang dari pagi~


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment