Wednesday 27 March 2019

Setia EcoHill The Parc Semenyih Review

Agak bosan pada hujung minggu dengan tidak melakukan sebarang aktiviti, ataupon pergi berjalan-jalan dengan keaktifan kedua-dua kanak-kanak riang yang bernama Irfan dan Izzat ini, telah menyebabkan kami keluar dari rumah untuk mencari pusat riadah bagi mengeluarkan peluh.

 

Menghala ke Semenyih dari lebuhraya LEKAS, dan apabila melalui kawasan Setia EcoHill, memang boleh dilihat sebuah taman permainan kanak-kanak yang kecil di sebelah jalan di Setia EcoHill.

Nampak sahaja kecil kawasan Taman Permainan Setia EcoHill ini, akan tetapi ianya sebenarnya agak besar.


~ Setia EcoHill The Parc Semenyih Review - The Kids Sections ~

 

Di kawasan bawah (kawasan mula-mula masuk) adalah merupakan kawasan permainan kanak-kanak dan juga kawasan untuk keluarga beriadah bersama-sama dengan anak-anak yang tercinta.

Memang terdapat banyak kawasan lapang di kawasan ini, dan ada juga yang mendirikan khemah disini pada waktu petang, ala-ala seperti camping. Berikut adalah beberapa kemudahan permainan yang telah disediakan disini.


 
 
 
Spiderweb~

 
Toddlers Playground~

 
 The Elevated Maze (Tapi agak bahaya bagi kanak-kanak kecil)~

 
Dan 360-Degree Turning yang memeningkan~


~ Setia EcoHill The Parc Semenyih Review - The Big Guys Area ~

 

Selain daripada taman permainan kanak-kanak, terdapat juga tempat rekreasi bagi orang dewasa di bahagian atas daripada bahagian kanak-kanak.

Disebabkan kebanyakkan orang dewasa yang datang ke taman ini lebih memfokuskan larian ataupun jogging, maka kemudahan ini jarang sekali digunakan. Antara peralatan yang disediakan adalah seperti berikut.


 
 
Beberapa peralatan yang disediakan untuk orang dewasa~


~ Setia EcoHill The Parc Semenyih Review - Highest Peak ~

 

Selain daripada kemudahan-kemudahan diatas, Setia EcoHill The Parc ini juga menjadi pusat tumpuan bagi pencita alam sekitar melihat kawasan sekitar Semenyih, Eco Majestic dan juga EcoHill dari lokasi yang lebih tinggi.

 
 
 

Berada di puncak tertinggi bukit yang setinggi 92.1 meter dari paras air laut, ianya memang satu pengalaman yang menyegarkan bagi kami semua.


**********

 

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

2 comments:

  1. Hari tu dah nak pergi dah ke sini. Tapi cuaca macam nak hujan, terus x jadi. Ada parking ke bersebelahan dengan playground tu, atau kena mendaki ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak parking kat sini, xperlu parking kt luar tepi jalan. Untuk playground kanak2, memang ada dekat dengan parking. Kalau nk tengok pemandangan baru naik bukit.. XD

      Delete