Wednesday 13 March 2019

Pusat Jualan Hasil Laut Sepanjang Tahun Tanjung Dawai Kedah Review

Setelah berjalan-jalan di kawasan Arked MPSP Tanjung Dawai, maka tiba masanya untuk mencari buah tangan untuk dibawa pulang ke Selangor. 

 

Menurut kepada Biras, adalah lebih sesuai mencari buah tangan di kedai borong daripada membeli di Arked MPSP, kerana harganya yang lebih murah (harga borong) berbanding dengan harga pasaran.

Tidak jauh dari Arked MPSP Tanjung Dawai, terdapat sebuah pasaraya borong yang menjual barangan borong, diberi nama Pusat Jualan Hasil Laut Sepanjang Tahun terletak kira-kira 5 minit perjalanan dari Arked MPSP.



~ Pusat Jualan Hasil Laut Sepanjang Tahun Tanjung Dawai Kedah Review - Shopping Time ~

 

Di Pasar Borong Pusat Jualan Hasil Laut Sepanjang Tahun ini, memang terdapat pelbagai jenis makanan ringan dan juga makanan laut yang telah diproses dijual disini. Diantara produk-produk yang dijual adalah seperti berikut.

 
 
Ikan Bilis yang telah dikupas, variasi dari mata putih ke mata biru~

 
 
Makanan ringan berupa kerepek, snek dan makanan tradisi~

 
 
 
Makanan laut yang telah diproses~

 
Dan ada juga ikan pekasam turut dijual di kedai ini~


Secara purata, harga yang ditawarkan di kedai ini ternyata lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Arked MPSP, serta banyak variasi dan jenis produk yang dapat dibeli dengan harga yang berpatutan.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan tempat membeli hasil laut di kawasan Tanjung Dawai ini. Semoga bertemu lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment