Monday 4 March 2019

Dashbox Hotel Cyberjaya Review

Meskipun berdekatan dengan lokasi tempat kerja saya di Cyberjaya, namun saya tidak pernah sama sekali melalui mahupun menjejaki kaki ke kawasan Dashbox Hotel yang terletak berhampiran dengan bangunan MaGIC Cyberjaya.

 

Seorang sahabat saya yang datang dari Kuching, Sarawak telah menjemput saya untuk melihat keadaan bilik yang disediakan di Dashbox Hotel Cyberjaya ini, sebelum keluar berborak-borak tentang hal duniawi.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan secara ringkas berkenaan dengan Dashbox Hotel yang terletak di Cyberjaya ini.



~ Dashbox Hotel Cyberjaya Review - The Hotel ~


 

Dashbox Hotel Cyberjaya ini mempunyai struktur bangunan yang agak unik, berbeza dengan bangunan hotel yang lain. Satu bangunan hanya mempunyai tiga (3) buah bilik sahaja, dimana dua (2) bilik dibawah dan satu bilik diatas.

Terdapat juga fasiliti yang menarik turut disediakan di dalam kawasan Dashbox Hotel Cyberjaya ini, seperti kolam renang, gymnasium dan banyak lagi.

Dashbox Hotel Cyberjaya menyediakan 3 jenis bilik bagi para tetamu yang menginap di sini; dash TWIN, dash STUDIO dan dash DELUXE.


~ Dashbox Hotel Cyberjaya Review - Dash Deluxe Room ~

 

Sudah tiba masanya untuk saya melihat (serta mengambil kesempatan keatas peluang ini) untuk menerokai bilik yang disediakan bagi bilik yang berjenis Dash Deluxe ini.

Gambar bilik telah diambil seperti dibawah.

 
 
 
 
Keadaan bilik serta peralatan yang turut disediakan~

 
 
Keadaan bilik air yang agak unik, tempat mandi dan tandas dibahagikan dengan dinding sahaja~


Secara keseluruhan, keadaan bilik yang disediakan ini agak teratur dan segala peralatan yang disediakan agak simple. Namun, ianya memberikan satu keunikkan kepada para tetamu yang inginkan perubahan dan kelainan sewaktu menginap disini.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini, Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment