Thursday 19 December 2019

Umrah 2019 | Part 07 | Madinah | Pintu Babussalam (Bab As-Salam)

Biasanya ketika berada di Kota Madinah dan menunaikan ibadah untuk kali pertama (samada solat, membaca Al-Quran, dan lain-lain), adalah menjadi tanggungjawab bagi umat Islam untuk memberikan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w dengan melalui pintu Babussalam (Pintu Bab As-Salam).

 

Saya tidak mengetahui perkara ini sehingga ke hari yang kedua saya menunaikan solat Zuhur, dimana salah satu daripada Jemaah daripada kumpulan yang sama, diberi nama Hj Dr Fadhli, telah memberitahu saya tentang perkara ini.

Saya amat-amat berterima kasih diatas maklumat yang diterima, walaupun sudah masuk ke hari yang kedua berada di Kota Madinah.


~ Umrah 2019 | Part 07 | Madinah | Pintu Babussalam (Bab As-Salam) ~

 

Pintu Babussalam (Bab As-Salam) ini terletak di kawasan pintu masuk masjid bernombor 4 dan 3, terletak di bahagian hadapan Masjid Nabawi. 

 

Pintu Babussalam (Bab As-Salam) ini menghubungkan kawasan masjid ke bekas rumah Rasulullah s.a.w bersama-sama dengan Saidatina Aisyah r.a ketika baginda menetap di Kota Madinah suatu ketika dahulu.

Pintu Babussalam (Bab As-Salam) ini dikatakan kawasan yang selalu dilalui oleh Baginda Rasulullah s.a.w untuk ke Masjid Nabawi, dimana ianya menjadi pintu utama untuk menyampaikan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

 

Jarak diantara pintu masuk (Pintu Babussalam) ke pintu keluar adalah dianggarkan sejauh 100 meter ke 150 meter, dan sangat sesak terutama sekali ketika selesai Solat Fardhu di Masjid Nabawi ini.

Di sepanjang perjalanan saya melalui Pintu Babussalam (Bab As-Salam), terdapat ayat-ayat suci yang menghiasi kawasan ini di sebelah kanan dan boleh kelihatan kawasan Raudhah (Taman Syurga) di sebelah kiri.

 

Pintu yang menghubungkan kawasan Raudhah dengan kawasan pejalan kaki Pintu Babussalam (Bab As-Salam) ini dijaga rapi oleh para penjaga yang bertugas tanpa henti (24/7). 

Boleh dikatakan sebanyak 3 pintu keluar daripada kawasan Raudhah boleh dilihat ketika berjalan melalui Pintu Babussalam (Pintu Bab As-Salam).


~ Umrah 2019 \ Part 07 | Madinah | Pintu Babussalam (Bab As-Salam) - Mengintai Raudhah dari Pintu Babussalam ~

 

Di kawasan ini, sudah sukar untuk menentukan kawasan Raudhah berdasarkan warna karpet, ini disebabkan warna karpet telah diseragamkan dengan warna hijau.

 

Kawasan Raudhah ini juga merupakan kawasan dimana Imam Masjid Nabawi mengendalikan khutbah jumaat serta mengetuai kesemua solat Fardhu serta solat Jenazah. Diatas adalah gambaran Mimbar yang terletak di dalam kawasan Raudhah.

 

Namun, untuk mengetahui dengan lebih terperinci berkenaan dengan Raudhah, akan saya kongsikan pada post yang akan datang, Insyaallah.


~ Umrah 2019 | Part 07 | Madinah | Pintu Babussalam (Bab As-Salam) - Makam Rasulullah s.a.w ~

 

Selepas sahaja menjenguk kawasan Raudhah, maka seterusnya adalah Makam Rasulullah s.a.w yang juga merupakan rumah baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama dengan Saidatina Aisyah r.a semasa baginda tinggal di Madinah.

 

Ketika berada disini, dan melalui kawasan ini (lebih afdhal jika sebaik sahaja nampak Makam Rasulullah s.a.w), maka sampaikanlah salam buat junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w.

Di Makam baginda Rasulullah s.a.w, terdapat 2 lagi makam para sahabat Rasulullah iaitu Saidina Abu Bakar r.a dan juga Saidina Omar r.a.

Akan tetapi, tertimbulnya beberapa persoalan tentang isteri baginda Rasulullah s.a.w, iaitu Saidatina Aisyah r.a. di dalam hati. Dimanakah terletaknya makam Saidatina Aisyah r.a.?

 
Pintu keluar Laluan Babussalam (Laluan Bab As-Salam)~

Selepas beberapa kajian telah dibuat, Saidatina Aisyah r.a. telah dimakamkan di Perkuburan Baqi' yang menempatkan para-para sahabat Nabi dan juga keturunan Nabi Muhammad s.a.w.

Berkenaan dengan Perkuburan Al-Baqi', saya juga akan berkongsi pengalaman saya memasuki kawasan ini di post yang akan datang, insyaallah.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment