Monday 9 December 2019

Umrah 2019 | Part 04 | Madinah | Hayah Plaza Hotel

Selepas lebih kurang 4 jam berada di dalam bas, perjalanan daripada Kota Jeddah ke Kota Madinah di dalam post yang sebelumnya, maka akhirnya kami tiba di Kota Madinah yang bersuhukan lebih kurang 27 darjah Celsius.

 

Akan tetapi, disebabkan waktu ketibaan kami menunjukkan lebih kurang jam dua belas (12) tengah hari, maka ketua kumpulan kami meminta kami untuk menunaikan solat fardhu Zuhur terlebih dahulu sebelum memasuki ke bilik masing-masing.



~ Umrah 2019 | Part 04 | Madinah | Hayah Plaza Hotel - The Lobby Area ~

 

Selepas menunaikan solat fardhu Zuhur di Masjid Nabawi (yang akan saya kongsikan dengan anda semua pada post yang akan datang), maka kami berkumpul semula di perkarangan lobi Hayah Plaza Hotel yang terletak kira-kira 100 meter daripada pintu masuk ke Masjid Nabawi.

 

Kawasan lobi Hayah Plaza Hotel ini tidaklah sebesar yang disangkakan, namun ianya memang banyak menempatkan sofa-sofa dan juga meja untuk kegunaan para penghuni hotel untuk berehat di perkarangan lobi. 

 

Tambahan pula, selain daripada beberapa kerusi sofa di perkarangan lobi hotel, terdapat juga kiosk kecil yang menjual pelbagai jenis makanan ringan seperti ais krim, minuman tin seperti pepsi, dan minuman panas seperti kopi dan teh.


~ Umrah 2019 | Part 04 | Madinah | Hayah Plaza Hotel - The Hotel Room ~

 

Setelah segalanya selesai (pendaftaran dibuat oleh pihak travel agent, dan pada masa ini, semua passport telah dipegang oleh mereka), maka kami telah diberi kunci ke bilik yang ditunggu-tunggu untuk menginap selama 8 hari di Kota Madinah ini.

 

Inilah keadaan bilik yang telah disediakan oleh pihak hotel, serta pihak travel agent, kepada kami sekeluarga. 

 

Di dalam bilik yang agak kecil ini terdiri daripada tiga (3) buah katil bersaiz single (yang kemudiannya kami rapatkan), sebuah almari baju, dan juga TV yang menunjukkan keadaan semasa Kaabah dan dalaman Masjid Nabawi.

 
 
 

Keadaan bilik air yang disediakan adalah seperti gambar diatas, di mana pihak hotel menyediakan tub air biasa (tapi agak sejuk) dan tub air panas bagi penghuni yang ingin mandi mengunakan kemudahan yang disediakan.


~ Umrah 2019 | Part 04 | Madinah | Hayah Plaza Hotel - Humidity ~

 

Selepas menetap di Hayah Plaza Hotel selama 3 hari, si isteri mencuba untuk membasuh baju sendiri di dalam bilik dan mengantungnya di dalam bilik. Akan tetapi, apa yang menghairankan, baju-baju tersebut telah kering selepas setengah hari.

Ini menunjukkan, meskipun suhu di Kota Madinah pada siang hari hanya mencecah 27 darjah Celsius, namun keadaannya yang kering menyebabkan baju-baju basuhan cepat kering. 

Merujuk kepada perkara diatas, si isteri telah membasuh baju-baju kami selang dua (2) hari bagi mengekalkan humidity yang tinggi di dalam bilik serta dapat mengurangkan sakit tekak dan batuk-batuk.

p/s: Gambar diatas tiada kaitan dengan perkara yang dibincangkan, cuma Izzat makan roti sampai tertidur di atas lantai disebabkan Jetlag~~


~ Umrah 2019 | Part 04 | Madinah | Hayah Plaza Hotel - Mezzanine Floor ~ 

 

Dua (2) hari sebelum kami berangkat dari Kota Madinah ke Kota Mekkah, baru kami tahu bahawa terdapat Tingkat Mezzanine yang merupakan kawasan Cafe yang disediakan oleh pihak Hayah Plaza Hotel.

Pada awalnya, kami agak takut juga ingin guna kawasan ini, namun setelah beberapa hari memerhati para jemaah yang lain menggunakannya, serta setelah bertanyakan kepada beberapa para jemaah yang lain, baru kami meyakinkan diri untuk menggunakan kawasan ini untuk menjamu selera.

 
 

Hidangan yang kami makan adalah merupakan Nasi Lemak buatan orang Malaysia, yang bertugas di Kota Madinah sebagai jururawat (mungkin para pelajar kejururawatan di sini). 

Baru 6 hari berada di Kota Madinah, ataupun 6 hari berada di Arab Saudi sudah membuatkan kami merindui makanan Malaysia yang kepedasan. Kami ada juga bawa sebotol sos cili dari Malaysia, namun ianya habis licin pada hari ke lima kami berada di Kota Madinah.

Terasa menyesal pun ada sebab tidak membawa sos cili yang banyak dari Malaysia...



**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment