Thursday 12 December 2019

Umrah 2019 | Part 05 | Madinah | Masjid Nabawi (Part 1)

Pada post yang sebelumnya, saya ada memaklumkan berkenaan dengan kami menunaikan ibadah pertama kami di Masjid Nabawi yang terletak kira-kira 50 meter daripada pintu Masjid.

 

Insyaallah, pada post saya kali ini, saya akan menceritakan tentang keindahan Masjid Nabawi yang telah saya bersama keluarga saya mengerjakan ibadah selama 8 hari di sini (demi mencukupi aktiviti 40 kali solat di Masjid Nabawi) yang dicadangkan oleh ketua kumpulan kami.

Post ini dibahagikan kepada dua bahagian, dimana bahagian pertama lebih menceritakan tentang keadaan Masjid Nabawi dan beberapa kemudahan yang disediakan di perkarangan Masjid yang mulia ini.


~ Umrah 2019 | Part 05 | Madinah | Masjid Nabawi (Part 1) - To Masjid Nabawi from Hayah Plaza Hotel ~

 

Pada hari pertama kami tiba di Kota Madinah, jam telah menunjukkan masa hampir ke jam 12 tengah hari waktu tempatan (jam 5 petang waktu Malaysia) dan ia menunjukkan masa untuk menunaikan Solat Zuhur hampir tiba.

 

Disebabkan si isteri tidak dapat menunaikan solat pada hari tersebut, maka saya bersama dengan Irfan telah berjalan kaki sahaja menuju ke Masjid Nabawi melalui celah-celah bangunan. Keluar sahaja dari pintu hotel, terus kelihatan menara Masjid Nabawi.

 

Setelah berjalan sejauh 100 meter, maka kami tiba di pintu masuk ke perkarangan Masjid Nabawi, dan pintu yang paling dekat dengan kami adalah pintu bernombor 5-C. Adalah ingin diingatkan bahawa di Masjid Nabawi ini terdapat lebih daripada 40 pintu masuk ke perkarangan Masjid.

 

Pintu kami ini memang berhampiran dengan saff paling hadapan (iaitu saff lelaki) dan agak jauh dengan saff solat perempuan (dimana ianya terletak pada penjuru belakang Masjid Nabawi ini; terletak berhampiran dengan pintu 15 dan pintu 26). 

Oleh itu, meskipun ianya memberi faedah kepada kami (lelaki), tetapi ianya memenatkan kaum wanita yang ingin menunaikan ibadah di Masjid Nabawi ini. 

Maka, sekiranya anda ingin membuat tempahan hotel, adalah lebih baik jika hotel tersebut berada berhampiran dengan pintu 15 sehingga pintu 26.


~ Umrah 2019 | Part 05 | Madinah | Masjid Nabawi (Part 1) - Masjid Nabawi's History ~

 

Sedikit sejarah berkenaan dengan pembinaan Masjid Nabawi pada zaman Rasulullah s.a.w.

Pada pengawalan tahun pertama Rasulullah s.a.w berhijrah ke Kota Madinah dari Kota Mekkah (selepas mendapat persetujuan daripada Allah s.w.t), perkara yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w adalah membina sebuah masjid yang terletak berhampiran dengan rumah baginda, dan masjid tersebut adalah Masjid Nabawi.

Pada saat itu, menurut kepada beberapa pendapat yang sahih, panjang masjid hanyalah sepanjang 70 hasta (atau 35 meter), dan lebarnya selebar 60 hasta (atau 30 meter) sahaja.


~ Umrah 2019 | Part 05 | Madinah | Masjid Nabawi (Part 1) - The Upgraded Masjid Nabawi ~

 

Kini, Masjid Nabawi dibawah kepimpinan kerajaan Arab Saudi, telah dibesarkan bagi menampung umat-umat Islam yang datang dari seluruh pelusuk dunia untuk mengerjakan ibadah serta menziarahi baginda Rasulullah s.a.w diatas kerinduan mereka kepadanya.

 
 
 

Masjid Nabawi yang telah dibesarkan ini mempunyai pelbagai kemudahan untuk memastikan para pengunjung dapat memenuhi kehendak masing-masing dengan penyediaan tempat wudu' yang banyak, tandas yang dibahagikan diantara lelaki dan wanita, serta kawasan untuk mengisi bekalan air zamzam kepada mereka yang beriktikaf mahupun untuk dibawa pulang ke bilik hotel.


~ Umrah 2019 | Part 05 | Madinah | Masjid Nabawi (Part 1) - Nabawi's Mosque Activities ~

 

Terdapat pelbagai aktiviti-aitiviti ilmiah yang dijalankan di dalam Masjid Nabawi ini, dimana salah satunya adalah Ceramah Agama yang seringkali dilakukan selepas Solat Subuh dan diantara Solat Maghrib dan juga Isya'.

Walaupun ianya dibicarakan di dalam bahasa Arab, namun fadhilatnya ada bagi mereka yang mengimarahkan aktiviti-aktiviti seperti ini.


 
 

Selain daripada itu, terdapat juga aktiviti berbuka puasa beramai-ramai yang dilangsungkan di dalam Masjid Nabawi, sementara menanti Azan Maghrib berkumandang. Kebiasaannya, berbuka puasa beramai-ramai ini dilaangsungkan pada setiap hari Isnin dan Khamis.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini, pada bahagian pertama yang menceritakan tentang kemudahan yang disediakan pada perkarangan Masjid Nabawi.

Jumpa lagi pada bahagian yang kedua pada post yang seterusnya. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment