Monday 16 December 2019

Umrah 2019 | Part 06 | Madinah | Masjid Nabawi (Part 2)

Sekiranya pada bahagian yang pertama saya berkongsikan tentang perkarangan Masjid Nabawi serta sedikit sejarah berkenaan dengan pembinaan Masjid ini, maka pada bahagian kedua pula, saya akan berkongsi pengalaman kami menunaikan solat di Masjid Nabawi sepanjang kami berada di Kota Madinah ini.

 

Di sepanjang kami berada di Kota Madinah, serta menunaikan ibadah Solat Fardhu serta solat-solat Sunat yang lain, terdapat beberapa pengalaman manis yang telah berlaku kepada kami sekeluarga.



~ Umrah 2019 | Part 06 | Madinah | Masjid Nabawi (Part 2) - Inner Mosque Facilities ~

 

Sebelum saya berkongsi pengalaman kami ketika berada di Masjid Nabawi ini, terlebih dahulu izinkan saya berkongsi tentang kemudahan yang boleh didapati di dalam Masjid Nabawi kepada para tetamu Allah yang ingin mengerjakan ibadah di dalamnya.

 
 

Dua (2) gambar diatas menunjukkan diantara kemudahan yang disediakan kepada para tetamu Allah di Masjid Nabawi ini, iaitu kerusi lipat (untuk mereka yang tidak berupaya untuk beribadah di dalam keadaan tertentu), serta naskah-naskah Al-Quran yang sentiasa boleh diperolehi di dalam masjid ini.

 
 

Terdapat juga kemudahan Air Zam Zam yang disediakan oleh pihak masjid, untuk para tetamu yang datang dan beribadah di dalam masjid. Boleh dikatakan di dalam masjid ini, di beberapa lokasi utama sudah semestinya akan ada kemudahan-kemudahan diatas ini.


~ Umrah 2019 | Part 06 | Madinah | Masjid Nabawi (Part 2) - Roof Top ~

 

Selain daripada kawasan dalaman masjid, sekiranya para tetamu yang hadir untuk menunaikan solat sangat banyak (lebih-lebih lagi solat Jumaat), maka pihak pengurusan masjid akan membuka kawasan atas Masjid Nabawi untuk digunakan ketika waktu solat tersebut.

 
 
 
 

Kawasan bumbung Masjid Nabawi ini juga sangat selesa, hampir sama dengan kawasan dalaman Masjid Nabawi, cuma disebabkan ianya tidak bertutup maka tidak ada sebarang penghawa dingin diletakkan di kawasan bumbung masjid.

Di atas ini, segala keperluan yang ada di dalam Masjid Nabawi boleh didapati disini juga, seperti Air Zam Zam, Kerusi Lipat dan juga Al-Quran.

 

Untuk menaiki ke kawasan bumbung masjid, saya telah melalui sebuah pintu diantara pintu masjid yang bernombor 5 dan 6, dan ketika ini, escalator telah dihidupkan bagi melancarkan para jemaah untuk naik dan turun daripada tempat ini.


~ Umrah 2019 | Part 06 | Madinah | Masjid Nabawi (Part 2) - Our Valuable Experience ~

 

Terdapat banyak pengalaman-pengalaman manis ketika kami berada dan mengerjakan Solat Fardhu di Masjid Nabawi ini. Kebanyakkan pengalaman manis ini adalah ketika saya membawa Irfan untuk menunaikan solat bersama-sama. 

Boleh dilihat bahawa kebanyakkan para jemaah yang hadir untuk beribadat disini memberikan gula-gula, makanan ringan seperti biskut kurma, serta coklat kepada anak-anak kecil yang berada di dalam kawasan Masjid samada di luar mahupun didalam masjid.

 

Irfan merupakan salah seorang yang mendapat rezeki yang amat banyak ketika berada disini (mengikuti saya menunaikan solat). Setiap kali dia ke masjid, boleh dikatakan bahawa beliau seringkali mendapat ciuman daripada para jemaah. Mereka memang menyayangi kanak-kanak kecil.

Ada satu hari, ketika menanti Azan Maghrib di dalam Masjid Nabawi, telah duduk seseorang berketurunan Arab di sebelah kami (saya rasa beliau daripada golongan Arab yang kaya) dan memberikan Irfan gula-gula Arab. 

Irfan berbisik kepada saya mengatakan bahawa dia ingin membalas pemberian tersebut dengan gula-gula daripada Malaysia (gula-gula Hacks), dan meminta izin dari saya. Selepas saya kata OK, dia segan silu untuk bagi gula-gula tersebut dan meminta saya untuk memberinya kepada Pak Arab tersebut.

Saya pun menghulurkan gula-gula tersebut kepada Pak Arab itu, dan terdengar beliau menyebut "Masya-Allah". Sejurus selepas itu, saya terus bersembang dengan Irfan tentang kebaikan sedekah, akan tetapi ketika saya sedang bersembang, Pak Arab tadi terus menyapa saya dan mengambil sesuatu daripada poket kiri jubahnya.

Subhanallah, beliau telah mengeluarkan dua (2) keping duit sepuluh (10) Riyal dan memberikan kepada Irfan. Pada awalnya saya menolak, namun disebabkan saya teringat tentang fadhilat bersedekah, maka saya mengambilnya dan memasukkan kedalam poket baju Irfan.

Tidak habis dari perkara diatas, saya disapa lagi oleh Pak Arab yang sama, dan kali ini beliau memberiku sebatang kayu sugi untuk digunakan. Betapa murahnya rezeki saya dan juga Irfan pada waktu tersebut, membuatkan Irfan berasa seronok dan terus berkata-kata untuk memberi sedekah kepada orang lain di sepanjang kami berada di Masjid Nabawi ini.

Sungguh senang Allah ingin memberikan ganjaran kepada kami, hanya dengan menyentuh dan membuka sedikit hati orang lain.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini, berkenaan dengan pengalaman serta kemudahan-kemudahan yang disediakan di Masjid Nabawi ini.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment