Monday 24 June 2019

Happy Land Tesco Semenyih Review

Memang banyak lokasi-lokasi menarik untuk membawa anak-anak kecil untuk bermain-main, sambil ibu bapanya membeli belah keperluan harian, dimana salah satu lokasi taman permainan indoor adalah di Tesco Semenyih.

 

Taman mainan ini terletak bersebelahan dengan Food Court Tesco Semenyih (di kawasan dalam Tesco), menyediakan pelbagai jenis permainan yang menarik dan mampu membuatkan anak-anak kecil ini leka dibuai masa.


~ Happy Land Tesco Semenyih Review - The Entry Fees ~

 

Untuk memasuki ke dalam taman permainan Happy Land Tesco Semenyih ini, terdapat beberapa peraturan yang harus diikuti seperti memakai stokin dan ber-sanitizer tangan terlebih dahulu bagi memastikan kesihatan terjaga.

Selain daripada peraturan diatas, sudah semestinya harus membayar untuk memasuki ke dalam kawasan ini. Harga yang telah ditetapkan pada tahun ini adalah sebanyak RM 8.00 seorang (masa maksimum adalah selama 4 jam sahaja).

Namun, ada juga pakej lain yang ditawarkan disini seperti pakej setengah hari yang berharga RM 21.00 seorang.


~ Happy Land Tesco Semenyih Review - The Playground ~

 

Happy Land yang terletak di dalam Tesco Semenyih ini dibahagikan kepada beberapa bahagian utama, terdiri daripada bahagian mainan slide (yang ambil kawasan lebih kurang dua per tiga (2/3) keluasan tapak permainan), bahagian interaktif, dan juga bahagian anak-anak kecil.

Berikut adalah beberapa gambar-gambar yang diambil merujuk kepada bahagian-bahagian diatas.

 
 
 
 
 
 
 
Bahagian utama, yang terdiri daripada 2 tingkat~

 
 
Bahagian interaktif, terdiri daripada pelbagai jenis permainan yang memerlukan kepakaran kanak-kanak membaling bola~

 
 
 
 
 
Bahagian kanak-kanak kecil, namun ada yang membahayakan jika tidak diawasi oleh orang dewasa~


Secara kesimpulannya, boleh dikatakan bagi kanak-kanak yang bermain di dalam kawasan ini, memang menarik serta dapat menyebabkan mereka leka dengan taman mainan ini.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment