Thursday 27 June 2019

Kawasan Kolam Kanak-Kanak KLCC Review

Bila sampai waktu bosan dan tidak tahu hendak buat apa, maka mula lah jari mencari lokasi-lokasi terdekat untuk membawa keluarga bermain air di sekitar Lembah Klang.

 

Diantara yang keluar adalah lokasi-lokasi berhampiran dengan rumah kami di Kajang, seperti beberapa tempat rekreasi yang berdekatan dengan sungai dan juga beberapa lokasi kolam renang di sekitar Putrajaya.

Tiba-tiba, terdetik difikiran dimana pada suatu ketika dahulu (waktu zaman dating-dating dulu), saya pernah melalui Taman KLCC dan terlihat tempat kolam renang yang dibuka untuk orang umum.


~ Kawasan Kolam Kanak-Kanak KLCC Review - Its Location ~

 

Di penghujung minggu, memang ramai para pelancong dalaman dan luaran negara datang ke Kuala Lumpur untuk membeli-belah, dimana kebanyakkannya bertumpu di KLCC dan juga Pavilion KLCC.

 

Taman kolam kanak-kanak ini terletak berhampiran dengan Suria KLCC, dan memerlukan perjalanan tidak lebih daripada 5 minit dengan berjalan kaki ke sana.

 

Menghala ke kawasan taman kolam kanak-kanak ini, bagi mereka yang pertama kali datang ke Suria KLCC, agak memeningkan namun sebagai penanda aras yang lebih dekat, berjalan mengelilingi air pancutan berirama ini.

Dan teruskan berjalan melepasi beberapa kawasan di bawah sebelum bertemu dengan Kolam Kanak-Kanak KLCC.

 
Melepasi jambatan gantung~

 
Bertemu dengan Ikan Paus Besi~

 
Dan berjalan lagi sedikit sebelum tiba di kawasan Kolam Kanak-Kanak KLCC~

 
Dan selamat tiba di kawasan yang ditunggu-tunggu~


Untuk pengetahuan para pembaca, selain daripada Kawasan Kolam Kanak-Kanak KLCC, terdapat juga Kawasan Taman Kanak-Kanak KLCC yang akan saya kongsikan pada post yang seterusnya.


~ Kawasan Kolam Kanak-Kanak KLCC Review - Its Bath Time ~

 

Kawasan Kolam Kanak-Kanak KLCC ini sangat luas, dan mampu memuatkan lebih daripada 200 pemandi didalam satu jangkamasa yang sama.

Keluasan ini boleh dikatakan berukuran kira-kira seluas 300 meter ke 400 meter (anggaran kasar sahaja), dan mempunyai beberapa kawasan yang menarik bagi kanak-kanak kecil seperti dibawah.


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kawasan mandian utama~

 
Kawasan mandian bayi~

 
Dan beberapa lokasi kawasan menunggu para ibu bapa~

 
 
 
Sementara menunggu, boleh ber-picnic sebentar. Yang penting, kekalkan kebersihan~


Untuk memasuki ke kawasan kolam kanak-kanak KLCC ini, tidak memerlukan sebarang bayaran yang dikenakan kecuali bayaran parking kenderaan bagi mereka yang membawa kenderaan yang diletakkan didalam kawasan KLCC sahaja.



**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

2 comments:

  1. Tak pernah lagi pergi ke Kolam mandi KLCC ni. Weekend mesti ramai kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Weekend mmg ramai.. Tapi, seramai2 orang pon, masih ada tempat untuk bermandi2..

      Delete