Thursday 13 June 2019

Keria Antarabangsa Limbongan Klebang Review

Pernah menjadi viral suatu ketika dahulu, sebuah kedai yang menjual Keria Gula Melaka yang terletak berhampiran dengan Pantai Klebang telah mendapat perhatian dan sambutan dari ramai pengunjung sehingga ke hari ini.

 

Nama kedai yang berjaya mem-viral-kan kuih tradisi Keria Gula Melaka ini tidak lain dan tidak bukan adalah Keria Antarabangsa Limbongan (Hjh Rahmah).


~ Keria Antarabangsa Limbongan Klebang Review - Snack Time ~

 

Sudah menjadi kebiasaan para pengunjung untuk beratur panjang untuk mendapatkan kuih Keria Gula Melaka yang dihidangkan di kedai Keria Antarabangsa Limbongan ini. 

 

Masa beratur boleh mencecah ke 30 minit, disebabkan oleh para pengunjung yang membeli Keria ini di dalam kuantiti yang banyak. Maka, demi menunggu batch yang seterusnya, memang agak lama.


 
Berada disini selepas 5 minit beratur~

 
Selepas 10 minit~

 
Dan akhirnya sampai juga selepas 15 minit beratur~


Selepas beratur panjang, akhirnya dapat juga kami membeli Keria Viral ini. Namun kami tidak dapat membelinya dengan banyak disebabkan tuan kedai telah menghadkan bilangan bagi setiap pelanggannya, hanya dapat membeli 10 biji sahaja setiap seorang.

Nasib baik datang bertiga, dapat beli dalam 30 biji~

 

Harga bagi setiap kuih Keria Gula Melaka yang dijual di Keria Antarabangsa Limbongan adalah seperti berikut..

| Sebiji = RM 0.60 | Jika 10 biji = RM 6.00 | dan untuk 30 biji = 18.00 |


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment