Thursday 30 May 2019

CatSignature Cafe & Studio Bangi Review - Part 1

Penggemar haiwan pasti akan gemar akan lokasi yang terletak di Bandar Baru Bangi ini. Mengambil sebanyak 2 tingkat kedai, CatSignature Cafe ini menggabungkan beberapa konsep yang menarik untuk para pelanggan.

 

Di tingkat bawah lebih kepada ruang makan dan minum, dan di ruang atas pula adalah sebuah studio yang menempatkan pelbagai jenis aktiviti yang menarik bagi para pelanggan yang datang untuk merehatkan minda.

Untuk post ini, sudah tentu saya akan berkongsi tentang kemudahan dan aktiviti-aktiviti yang disediakan disini~


~ CatSignature Cafe & Studio Bangi Review - The 1st Floor Studio ~

 

Dibuka pada jam 4 petang, untuk memasuki ke dalam studio, terdapat beberapa pekej yang disediakan dengan harga yang berpatutan, terdiri daripada pakej Walk-in Studio, Cat Walk-in, dan juga Family Pakej.

 

Disebabkan kami datang berempat, maka Family Pakej adalah lebih berbaloi daripada pakej yang lain, dengan harga RM 15 sahaja untuk satu (1) jam. Untuk lebih memahami cara untuk masuk ke dalam studio, boleh lihat pada aliran diatas.

 

Terdapat juga peraturan-peraturan yang diletakkan pada pintu masuk studio, dimana sekiranya tidak diikuti, dikhuatiri akan menyebabkan kemalangan yang tidak diingini (seperti dicakar, di terjah ataupun sama-sama terkejut akibat terpijak ekor kucing).


~ CatSignature Cafe & Studio Bangi Review - The Cats Studio ~

 

Di sinilah para penggemar kucing datang untuk bermain-main, membelai dan bermanja-manja dengan kucing yang gebu-gebu bulunya. Ada yang datang ke studio ini semata-mata untuk bermain-main dengan kucing, dimana harganya juga sangat murah (dan masanya juga agak singkat berbanding pakej yang lain).


 

Namun, apabila berada disini, beberapa perkara harus diikuti seperti dilarang berdiri di atas rak dan juga jangan berbuat bising (terutama pada kanak-kanak kecil).


~ CatSignature Cafe & Studio Bangi Review - Kids Mini Playground ~


 

Di tingkat 1 juga terdapat ruangan mainan yanag disediakan khas untuk kanak-kanak apabila mereka jemu dan bosan bermain dengan kucing-kucing di bilik mereka. Berikut adalah beberapa aktiviti yang turut disediakan disini.


 
Kawasan mainan kanak-kanak~

Selain daripada itu, disekeliling kawasan permainan ini dipenuhi dengan pelbagai jenis buku cerita kanak-kanak bagi mereka yang suka membaca, dan rata-rata adalah lebih berkisarkan cerita tentang haiwan.


 
 
 
Dekorasi di dinding, seakan-akan kawasan untuk kucing bermain dan berehat~



**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment