Thursday 2 May 2019

Restoran Minang Megah Putra Height Review

Setelah selesai menghadiri kursus di sekitar Putra Height, sahabat yang membawa saya ke tempat kursus ini telah membawa saya untuk menikmati hidangan makanan tempatan yang agak sedap di sekitar Putra Height.

 

Maka, tiba lah kami di sebuah restoran yang ingin ditujui oleh sahabat saya ini, iaitu Restoran Minang Megah yang terletak berhampiran dengan Puspakom Putra Height, iaitu Restoran Minang Megah.



~ Restoran Minang Megah Putra Height Review - The Menu ~


 

Restoran Minang Megah ini menyediakan hidangan yang beransurkan makanan tradisional Minang, dimana kebanyakkanya dimasak dengan menggunakan cili.


 

Sewaktu kami melihat pilihan makanan disini, boleh dikatakan terdapat lebih daripada 25 jenis makanan yang disediakan untuk memenuhi citarasa para pelanggan di sekitar Putra Height ini.


 
 
 

Harga makanan disini tertakluk kepada jenis yang diambil, dan harganya agak murah dan sesuai dijadikan lokasi makan tengah hari bagi golongan-golongan marhain seperti saya.

Cili giling yang disediakan terbahagi kepada beberapa jenis, dan bagi sahabat saya yang membawa saya disini, campuran cili giling merah dan cili giling hijau adalah satu kepastian dan kewajiban baginya setiap kali menikmati hidangan disini.



**********

Sampai disini dahaja perkongsian ringkas saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment