Thursday 16 May 2019

Iftar 2019 Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya Review

Iftar tahun ini agak bermakna bagi saya, dengan penemuan semula sahabat-sahabat yang sudah lama meninggalkan tempat kerja saya, dan membawa laluan masing-masing. 

 

Kami telah membuat pesanan lebih kurang tiga (3) hari sebelum dan sudah semestinya ada penambahan sehari sebelum hari kejadian. Namun, secara keseluruhannya, semuanya hadir~



~ Iftar 2019 Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya Review - The Location ~


 

Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ini terletak berhampiran dengan bangunan Majlis Perbandaran Sepang (yang juga terletak di Cyberjaya), dimana Kelab Komuniti ini menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung seperti Kolam Renang, Gelanggang Badminton, Golf Range, Gelanggang Tennis dan lain-lain lagi.

Hampir setiap tahun, Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ini menyediakan hidangan Iftar kepada mereka yang ingin berbuka puasa dengan menikmati hidangan yang disediakan disini secara buffet.


~ Iftar 2019 Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya Review - The Buffet Menu ~


 

Memang banyak hidangan yang disediakan sempena berbuka puasa di Kelab Komuniti Taman Tasik Cyberjaya ini, menyebabkan kami rambang mata ketika melihat dan juga memilih hidangan yang ditawarkan.
Dengan harga serendah RM 49.00 seorang, menu yang dihidangkan di Kelab Komuniti Cyberjaya adalah seperti dibawah.


 
 
 
Hidangan Tradisional berbentuk makanan tempatan~

 
 
 
 
 
Kiosk makanan panas seperti Mee Sup, Kuey Teow Goreng, dan lain-lain~

 
 
Hidangan Kambing Bakar yang menjadi serbuan semua yang hadir~

 
 
 
 
Kuih-muih dan juga manisan yang dijadikan sebagai pencuci mulut~

 
 
 
Dan minuman yang terdiri daripada hidangan sejuk dan panas~



**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment