Thursday 28 November 2019

Umrah 2019 | Part 01 | KLIA - Muscat Airport via Oman Air

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba, menyahut panggilan dan seruan Allah s.w.t untuk mengerjakan Umrah pada tahun ini (tahun 2019). 

 

Persiapan awal sudah dilakukan dengan memastikan tiada lagi barang yang tertinggal, sekarang ini hanya masa untuk berlepas menuju ke Tanah Suci.

Menunaikan Umrah pada kali ini, kami mengikuti sebuah travel agent yang menawarkan pekej Umrah selama 22 Hari dan 20 Malam, dimana segalanya (perjalanan kami untuk menunaikan Umrah) bermula di KLIA.


~ Umrah 2019 | Part 01 | KLIA - Muscat Airport via Oman Air - Luggage ~

 

Jumlah luggage yang dibenarkan oleh Oman Air untuk dimasukkan di dalam kawasan Cargo hanyalah seberat 30KG seorang sahaja. 

 

Setelah selesai barang-barangan kami (Beg Besar yang berjumlah 4 buah ini) diletakkan dikawasan Check-in Luggage Counter, maka kami masih berbaki sebanyak 4 jam untuk mengerjakan apa-apa yang patut (ke tandas, solat dan lain-lain).

 
 
Beberapa aktiviti sementara menunggu~


Pihak travel agent memaklumkan bahawa setiap jemaah harus berkumpul di kawasan kiosk Tabung Haji 2 jam sebelum memasuki ke bahagian Imegresen dan terus ke kawasan Gate Pelepasan.


~ Umrah 2019 | Part 01 | KLIA - Muscat Airport via Oman Air - Taklimat Umrah ~

 

Dua (2) jam sebelum berangkat ke Gate Pelepasan Antarabangsa, taklimat berkenaan dengan Umrah diberikan oleh pihak travel agent, dimana lebih menjurus kepada memperbetulkan semula niat serta beberapa perkara yang perlu diawasi ketika berada di Tanah Suci.

 

Setelah selesai taklimat Umrah, setiap peserta diberikan sebuah tag nama serta passport masing-masing bagi tujuan pelepasan imigresen di Malaysia dan di Muscat, Oman nanti. 

Untuk Tag Nama pula, ianya amat penting dan perlu memastikan bahawa tag tersebut perlu ada sentiasa (atau dipakai sentiasa) ketika berada di sana. Ini adalah disebabkan pihak Travel Agent akan mengutip semula passport ketika berada di Tanah Suci kelak.

Di bahagian belakang Tag Nama ini terdapat beberapa nombor pegawai travel agent yang bertugas di Tanah Suci, dimana ianya agak penting bagi para jemaah untuk menghubungi pegawai tersebut sekiranya berlaku sebarang masalah.


~ Umrah 2019 | Part 01 | To Muscat Airport via Oman Air - To Departure Gate ~

 

Setelah selesai pemeriksaan di bahagian Imigresen serta di bahagian Keselamatan Lapangan Terbang, maka kami meneruskan perjalanan ke pintu pelepasan yang telah ditetapkan (Pintu C) untuk menaiki pesawat Oman Air.

 
 
 

Untuk ke Pintu C, kami perlu menaiki Keretapi Eletrik sebelum sampai ke destinasinya. Irfan siap tanya lagi ke kakak yang duduk disebelahnya (yang merupakan pegawai yang bertugas di Malaysia Airport), siapa yang membawa keretapi ini disebabkan dia tidak nampak pemandunya.

Kakak tersebut menjawab dengan senyuman "Keretapi ini dipandu dengan mengunakan komputer, dik".


~ Umrah 2019 | Part 01 | KLIA - Muscat Airport via Oman Air - Oman Airlines ~

 

Masuk-masuk sahaja di dalam perut kapal terbang Oman Air, masing-masing memulakan projek masing-masing (selepas mendapat tempat duduk yang sama, diatas budi bicara para peramugara disebabkan lokasi tempat duduk kami berjauhan diantara satu sama lain).

 
Si isteri dengan telefon bimbitnya~

 
Irfan dan Izzat dengan Tablet di kerusi~


Perjalanan kami ini mengambil masa kira-kira selama lapan (8) jam untuk sampai ke destinasinya, iaitu Muscat Airport. Setelah selamat berlepas (dan kapal terbang di dalam keadaan yang stabil), kami terus diberikan hidangan makan malam.

 
Menu makan malam yang boleh dipilih~


Menu yang ditawarkan terdiri daripada beberapa bahagian; Pembuka Selera (berupakan Salad), Menu utama (boleh dipilih daripada 3 menu yang berbeza), pencuci mulut dan juga roti.

 
 
 
Braised Beef Curry~

Inilah rupa bentuk hidangan yang disediakan kepada para tetamu Oman Air, dimana semuanya menu diatas disatukan di dalam satu dulang.

 
 
Wok Fried efu Noodles~

Setelah selesai menjamu selera, maka kami meneruskan perjuangan kami (Irfan dan Izzat bermain permainan video di Tablet, manakala si Isteri melihat movie, dan saya pula berdengkur~).

Maka, bermulalah perjalanan kami bersama Oman Air yang mengambil masa selama 8 jam ini.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang seterusnya.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment