Thursday 25 April 2019

Teluk Chempedak Kuantan Review (Part 2) - The Beach

Merujuk kepada bahagian 1, saya telah kongsikan secara keseluruhan berkenaan dengan Teluk Chempedak yang terletak di Kuantan Pahang.

 

Seperti yang telah dimaklumkan di bahagian 1, di bahagian 2 ini akan saya kongsikan beberapa lokasi yang menarik bagi mereka yang tidak tahu akan kewujudannya di Teluk Chempedak ini.

Nama lokasi yang kami temui ini diberi nama Teluk Tongkang, terletak tidak jauh dari Teluk Chempedak.


~ Teluk Chempedak Kuantan Review (Part 2) - The Cliff Road ~

 

Perjalanan untuk sampai di Teluk Tongkang ini mengambil masa kira-kira kurang daripada 5 minit dengan berjalan kaki melalui laluan di tepi bukit yang telah dibina oleh pihak tempatan.

 

Disebabkan ianya berada bersebelaham dengan kawasan hutan, maka terdapat juga monyet-monyet yang duduk di laluan ini, mencari mangsa makanan yang dibawa oleh para pelancong yang datang melalui kawasan ini.

Selain daripada itu, pemandangan daripada laluan ini sangat cantik melihat Lautan China Selatan.

 
Pemandangan Teluk Chempedak dari laluan tepi~

Di dalam perjalanan menuju ke Teluk Tongkang, terdapat juga sebuah gazebo bagi mereka yang ingin merasai suasana Teluk Chempedak ini beserta dengan tiupan angin lautan.

 
 
Berada di atas Gazebo di tepi pantai~

Perjalanan kami diteruskan setelah singgah sebentar di Gazebo ini, sehingga kami menemui Teluk Tongkang di penghujung laluan ini.

 
 
 
Maka sudah tiba di kawasan Teluk Tongkang~

Kawasan di Teluk Tongkang ini agak tenang juga jika dibandingkan dengan keadaan di Teluk Chempedak yang dipenuhi dengan pengunjung-pengunjung yang ingin bersantai dan bermandi-manda. Di Teluk Tongkang ini, kebanyakkanya kemudahan yang disediakan adalah berbentuk perkhemahan.


 
 
 
Keadaan pantai di Teluk Tongkang~

Kawasan ini memang indah, namun disebabkan kehadiran hidupan liar seperti monyet, maka banyak pengunjung yang mengunjungi Teluk Chempedak tidak ke Teluk Tongkang disebabkan faktor keselamatan.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment