Thursday 11 April 2019

Mokna Keropok Lekor Tanjung Lumpur Review

Perjalanan kami diteruskan lagi di Kuantan, kali ini mencari-cari hidangan minuman petang pula. Disebabkan kami berada di sini selama 3 hari dan 2 malam, maka lokasi minum petang kami yang pertama adalah di Mokna Keropok Lekor yang terletak di Tanjung Lumpur.

 

Di tatkala kami mencari kedai Mokna Keropok Lekor ini, keadaan tempat letak kenderaan di hadapan kedai amat penuh sehingga menutupi bahu jalan, menyebabkan kami meletakkan kenderaan di kawasan belakang kedai.


~ Mokna Keropok Lekor Tanjung Lumpur Review - The Menu ~

 

Mokna Keropok Lekor ini bukan sahaja menyediakan hidangan masakan panas-panas untuk dijadikan sajian minum petang, namun kedai ini juga menyediakan hidangan makanan panas berunsurkan nasi campur kepada mereka yang inginkan hidangan yang lebih berat.

Berikut adalah beberapa contoh hidangan yang disediakan di kedai Mokna Keropok Lekor yang terletak di Tanjung Lumpur.


 
Hidangan makanan tengah hari yang disediakan~

 
Dan hidangan makanan petang yang disediakan di sini~

Di Mokna Keropok Lekor, hidangan makanan petang yang disediakan terdiri daripada Bebola Celup Tepung, Otak-otak, Udang Celup Tepung, Sotong Celup Tepung, Keropok Lekor, dan lain-lain lagi.


 
Sotong Celup Tepung (harga mengikut saiz)~

 
Otak-otak yang special, berbeza dengan otak-otak yang biasanya didapati di Lembah Klang~


Berikut adalah beberapa harga yang telah ditetapkan oleh peniaga Mokna Keropok Lekor;

| Keropok Lekor (4 pcs = RM 1.00) | Otak-otak (5 pcs = RM 2.00) | Ketupat Palas (1 pc = RM 40 sen) |



Secara keseluruhannya, saya boleh mengatakan bahawa hidangan celup tepung yang disediakan disini agak biasa sahaja, jika dibandingkan dengan hidangan celup tepung yang disediakan di Pok Nong Terengganu.

Sambal cili yang disediakan di Kedai Mokna Keropok Lekor ini juga agak unik, dan juga agak sedap jika dicicah dengan keropok lekor.

**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment