Friday, 1 March 2019

Air Jagung Taman Ria Abang Joe Sungai Petani Review

Di sekitar kawasan yang kami duduki di Sungai Petani (kami ke Sungai Petani disebabkan ingin menghadiri majlis perkahwinan adik ipar kami yang bernama Najwa), terdapat sebuah kedai food truck yang menjual Air Jagung dan juga Rojak Buah yang sedap, yang bernama Air Jagung Taman Ria Abang Joe.

 

Kawasan tempat letak foodtruck ini memang senang untuk dijumpai, terletak berhampiran dengan Homestay Humairaa dan juga Mr Ku Homestay.

Tanpa membuang masa, saya kongsikan menu-menu yang disediakan dan dihidangkan disini.



~ Air Jagung Taman Ria Abang Joe Sungai Petani Review - The Menu ~

 

Terdapat pelbagai jenis variasi makanan dan minuman yang disediakan di Foodtruck Air Jagung Abang Joe yang terletak di Taman Ria, Sungai Petani ini. Jenis makanan dan minuman tersebut adalah seperti dibawah (termasuk harga).


| Air Jagung |
| Biasa (RM 2.00) | Giant Cup (RM 5.00) | Kahwin (RM 2.00) | Ais Krim (RM 3.00) |

| Cendol |
| Biasa (RM 2.00) | Giant Cup (RM 5.00) | Pulut (RM 3.00) | Ais Krim (RM 3.00) |

| Rojak Buah |
| Kecil (RM 3.00) | Besar (RM 5.00) |

| Kuah Rojak |
| Kecil (RM 5.50) | Besar (RM 15.00) |


~ Air Jagung Taman Ria Abang Joe Sungai Petani Review - Rojak Buah ~

 

Rojak buah yang disediakan di Foodtruck Air Jagung Abang Joe ini memang menjadi salah satu tarikan penduduk setempat yang ingin menikmati kepedasan kuah rojak yang mengenakkan, ditambahkan pula dengan kandungan kacang tanah yang telah ditumbuk dan ditabur diatas hidangan ini.


 

Merujuk kepada pekerja yang bekerja disini, kuah rojak ini adalah merupakan kuah rojak buatan sendiri dan bukannya dipek semula. Abang Along saya siap beli lagi beberapa pek untuk dibawa balik ke rumahnya.


 

Selain daripada itu, terdapat juga buah-buahan segar yang turut disediakan di foodtruck Air Jagung Abang Joe ini, terdiri daripada beberapa buah-buahan tempatan seperti Jambu Batu, Betik, Kedondong, dan lain-lain lagi.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment