Walaupun menetap di Bandar Kajang, kami ajak jarang keluar untuk menikmati keindahan alam semula jadi lebih-lebih lagi bermandi-manda di sungai-sungai di sekitar Hulu Selangor sehingga si isteri terpaksa menghadiri kursus KRS di Sungai Congkak.
Homestay Cahaya Kaseh ini terletak berdekatan dengan Kem Rembia, dan menjadi tempat kami melarikan diri daripada kesibukan bandar (kerja dan juga kesesakan lalu lintas).
Kami menetap disini selama 3 hari dan 2 malam, dan apa yang paling menarik tentang homestay ini, ianya terletak betul-betul bersebelahan dengan sungai~
~ Homestay Cahaya Kaseh Sungai Congkak Review - The Homestay ~
Dari bandar Kajang, perjalanan seawal jam 6.30 pagi (bertolak dari rumah) mengambil masa kira-kira 45 minit untuk sampai di Homestay Cahaya Kaseh ini, termasuk kesesakan lalu lintas disebabkan pelajar sekolah memasuki sekolah masing-masing.
Melihat kepada keadaan homestay ini, tidak ada perkara yang lebih menarik daripada melihat keriangan bersama anak-anak yang tidak tentu hala melihat kawasan pedalaman yang bagi mereka satu pengalaman yang baru.
Tanpa buang masa, saya kongsikan dengan anda keadaan dalaman homestay yang disediakan di Homestay Cahaya Kaseh yang terletak di Kampung Lubuk Manggis.
Walaupun agak kecil, namun ianya mencukupi untuk berehat-rehat menenangkan fizikal dan mental diriku ini pada ketika ini.
~ Homestay Cahaya Kaseh Sungai Congkak Review - Provided Facilities ~
Paling menarik tentang homestay ini, dapur mini turut disediakan di kawasan luar homestay (terletak di belakang bilik) dan diberikan secara percuma sahaja, boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Maka menjamu megi sahaja lah kami disepanjang kami menanti si isteri tamat kursus pada hari tersebut.
Selain daripada dapur masak, pemilik homestay juga membenarkan kami untuk menggunakan kemudahan BBQ yang disediakan. Namun arang perlu dibawa sendirian berhad.
Dan disebalik peralatan BBQ ini munculnya sebuah sungai yang agak tenang, sehingga si kenil pon kelihatan tidak tenang untuk masuk bermandi air sungai.
Kawasan sungai di sini agak dalam dan tidak sesuai untuk bermandi bersama dengan anak-anak kecil, tetapi kami menghala ke kanan dan di kawasan sungai disini lebih cetek dan lebih sesuai untuk bermain air bersama dengan anak-anak kecil.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~

Di dalam homestay hanya ada sebuah katil bersaiz queen, dan rak kayu untuk meletakkan barangan~
Dan inilah keadaan bilik air yang disediakan, dan airnya memang sejuk kemungkinan daripada air sungai juga~
Walaupun agak kecil, namun ianya mencukupi untuk berehat-rehat menenangkan fizikal dan mental diriku ini pada ketika ini.
~ Homestay Cahaya Kaseh Sungai Congkak Review - Provided Facilities ~
Paling menarik tentang homestay ini, dapur mini turut disediakan di kawasan luar homestay (terletak di belakang bilik) dan diberikan secara percuma sahaja, boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja. Maka menjamu megi sahaja lah kami disepanjang kami menanti si isteri tamat kursus pada hari tersebut.
Selain daripada dapur masak, pemilik homestay juga membenarkan kami untuk menggunakan kemudahan BBQ yang disediakan. Namun arang perlu dibawa sendirian berhad.
Dan disebalik peralatan BBQ ini munculnya sebuah sungai yang agak tenang, sehingga si kenil pon kelihatan tidak tenang untuk masuk bermandi air sungai.
Kawasan sungai di sini agak dalam dan tidak sesuai untuk bermandi bersama dengan anak-anak kecil, tetapi kami menghala ke kanan dan di kawasan sungai disini lebih cetek dan lebih sesuai untuk bermain air bersama dengan anak-anak kecil.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
Berapa ya harga srmalam
ReplyDeleteSemalam hanya RM 100 sahaja, memang berbaloi untuk retreat ke luar kesibukkan bandar.. :)
DeleteMana nak dapatkan nombor telefon homestay nih ye?
ReplyDeleteKami cari di FB jer.. Xpe, saya share jugak no dia disini :- En Amir 017-245 0436
Delete