Malam terakhir kami berada di Sungai Petani Kedah, sempena menghadiri majlis perkahwinan Najwa bersama-sama dengan pasangannya, kami sempat untuk merasai makan malam di Warung Laksa Pokok Nyuk yang terletak di Taman Ria Sungai Petani.
Warung Laksa Pokok Nyuk ini terletak tidak jauh daripada Foodtruck Air Jagung Abang Joe, Taman Ria Sungai Petani, namun warung ini hanya dibuka pada waktu malam sahaja.
Menurut kepada mertua saya yang sempat menikmati hidangan ini sehari sebelum kehadiran kami di Sungai Petani, hidangan Char Kuey Teow yang disediakan disini memang sedap. Adakah ianya benar?
Pada waktu malam, selain daripada masakan panas yang disediakan di Warung Laksa Pokok Nyuk ini, terdapat juga jenis masakan ala-ala western yang turut disediakan di warung ini seperti Meatball, French Fries dan Chicken Chop.
Chicken Chop~
Hanya di Warung Laksa Pokok Nyuk, anda boleh mendapati hidangan Chicken Chop dengan harga RM 5.00 bagi satu hidangan. Meskipun ianya agak mengejutkan, namun warung ini memang menyediakan hidangan Chicken Chop dengan harga yang telah saya maklumkan.
Dengan harga RM 5.00 satu hidangan, saya telah dihidangkan dengan seketul Ayam (agak nipis dan tidak mempunyai tulang), French Fries dan juga coleslaw buatan sendiri. Dituang diatas ayam tersebut adalah sos lada hitamnya yang agak pekat, beserta dengan mayonis.
Char Kuey Teow~
Hidangan kedua yang telah kami pesan adalah hidangan Char Kuey Teow, yang direkomenkan oleh mertua kami. Hidangan Char Kuey Teow yang berharga RM 4.00 ini rasanya agak plain, dan tidak terasa kesedapan hidangan Char Kuey Teow yang kami sangka-sangkakan.
Di pasar malam berhampiran dengan rumah saya menyediakan hidangan Char Kuey Teow yang lebih sedap berbanding dengan hidangan Char Kuey Teow di sini (berdasarkan kepada rasa serta kepekatan kuah Char Kuey Teow ini).
Sate Ayam~
Sate juga merupakan salah satu tumpuan para pelanggan yang datang ke warung ini, dimana harga sate untuk satu cucuk (satu batang) hanyalah berharga 70 sen sahaja.
Berbeza berbanding dengan sate-sate yang boleh didapati di Lembah Klang, sate yang disediakan di Warung Laksa Pokok Nyuk ini mengutamakan kelembutan dagingnya berbanding dengan kelembutan dan rasa rempah ratus peraman yang dapat menaikkan lagi aroma dan rasa sate tersebut.
**********
Secara kesimpulannya, hidangan yang disediakan di Warung Laksa Pokok Nyuk yang terletak di Taman Ria Sungai Petani ini tidaklah begitu sedap, namun ianya mencukupi untuk kami mengisi perut yang kekosongan (kecuali Sate, sebab sate nya memang lembut dan agak berjus).
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment