Akhirnya, lokasi lirik Cinta Pantai Merdeka yang dinyanyikan oleh kumpulan Jinbara suatu ketika dahulu telah kami jejaki, iaitu Tanjung Dawai.
Pada awalnya, saya sangkakan Tanjung Dawai ini merupakan sebuah pekan yang agak besar, namun apabila kami melalui kawasan ini, ianya masih merupakan sebuah perkampungan Nelayan.
Jalan menuju ke Jeti Tanjung Dawai ini agak mencabar, dimana tanpa kehadiran Waze sebagai petunjuk jalan, memang kami akan tersesat jalan.
Dari tempat letak kereta di Jeti Tanjung Dawai, sudah dapat kelihatan Selat Melaka yang terbentang luas dengan tiupan angin yang nyaman.
Di Jeti Tanjung Dawai ini juga turut menjadi pusat tumpuan dan pusat perniagaan bagi penduduk setempat, dimana selain daripada menjual barangan yang berunsurkan makanan laut, turut juga menjual pelbagai aneka kraftangan dan lain-lain lagi.
~ Jeti Tanjung Dawai Sungai Petani Kedah Review - The Goodies ~
Seperti yang telah dimaklumkan, kawasan perkarangan Jeti Tanjung Dawai ini memang terkenal dengan penjualan hidupan laut yang agak segar, hasil tangkapan daripada para nelayan yang melabuh di sekitar kawasan ini.
Irfan yang melihat Belangkas dari jarak dekat~
Kedai yang menjual ikan bilis yang telah dikupas~
Beberapa Kraftangan daripada hidupan laut~
Dan yang paling utama, mainan kanak-kanak juga turut disediakan~
Diantara hidupan laut yang dijual disini termasuklah Belangkas, Ikan Bilis yang telah dikupas (harganya juga agak murah jika dibandingkan di pasaraya besar), kraftangan hidupan laut seperti cengkerang dan lain-lain lagi.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian ringkas saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment