Berjalan-jalan mencari kedai makan malam di sekitar Sungai Congkak agak sukar bagi kami, kerana kebanyakkan kedai makan di sini tutup agak awal (kebanyakkan tutup sebelum jam 6 petang).
Menghala keluar dari Sungai Congkak, kami melalui sebuah kedai yang agak besar dan juga kelihatan seperti bangunan dahulu kala, menarik minat kami untuk menyinggah dan melihat menu hidangan yang ditawarkan.
Nama restoran yang kami singgah ini tidak lain dan tidak bukan adalah Restoran Terra Pong yang terletak di Sungai Congkak.
Salah satu sebab kenapa Restoran ini diberi nama Restoran Terra Pong adalah disebabkan binaan uniknya yang terletak diatas sebuah kolam buatan manusia. Berikut adalah beberapa gambar yang diambil ketika menanti hidangan yang dipesan tiba.
Gambar kolam buatan manusia di sekeliling restoran~
Selain daripada kolam buatan manusia ini, terdapat juga beberapa akuarium yang disediakan disini, menempatkan pelbagai jenis ikan yang segar, bersedia untuk ditangkap dan dimasak mengikut citarasa masing-masing.
Lebih daripada 20 akuarium yang menempatkan ikan segar~
Setelah habis meronda dan melawat kawasan, maka kami terus ke meja makan untuk menjamu makanan malam (makanan yang telah kami pesan sebelum pergi melawat kawasan).
~ Restoran Terra Pong Sungai Congkak Review - The Foodies ~
Menu masakan yang ditawarkan di Restoran Terra Pong ini berasaskan hidangan masakan Thailand, yang terdiri lebih daripada 100 jenis makanan (dari masakan berlauk sehingga masakan berunsurkan gorengan).
Berikut adalah hidangan yang telah kami pesan sebagai hidangan makan malam kami di Sungai Congkak ini.
Menu masakan yang ditawarkan di Restoran Terra Pong ini berasaskan hidangan masakan Thailand, yang terdiri lebih daripada 100 jenis makanan (dari masakan berlauk sehingga masakan berunsurkan gorengan).
Berikut adalah hidangan yang telah kami pesan sebagai hidangan makan malam kami di Sungai Congkak ini.
Ayam Masak Cili Kering, RM 14.00 satu hidangan~
Agak menghairankan juga bagi saya dengan harga Ayam Masak Cili Kering ini, akan tetaoi apabila hidangan ini sampai di meja makan, baru saya tahu bahawa hidangan ini memang sesuai dengan harga yang ditawarkan.
Kuantiti ayam yang dihidangkan memang banyak, disertakan dengan kacang gajus yang juga banyak dan dihidang bersama-sama di dalam satu hidangan ini. Meskipun dengan kehadiran cili kering, ianya masih kurang kurang pedas.
Yang utama, hidangan ini memang sedap.
Sup Ekor, RM 14.00 satu hidangan~
Hidangan Sup Ekor ini tidak sesuai untuk dijadikan sebagai sup bagi kanak-kanak, kerana ianya agak pedas. Selain daripada pedas, sup ini juga agak pekat dan banyak (rasanya juga memuaskan).
Tetapi, apakan daya, sup ekor memang mahal dan isinya tidak sebanyak isi di dalam sup tulang. Selain daripada itu, terdapat juga sayuran seperti tomato turut dimasukkan di dalam hidangan ini, memberikan rasa sedikit kemanisan.
Kailan Ikan Masin, RM 10.00 satu hidangan~
Kailan ikan masin juga menjadi hidangan pilihan saya pada kali ini, dimana rasanya memang sedap dan masinnya tidaklah keterlaluan menyebabkan hidangan ini tidak dapat dimakan.
Sayurnya terasa agak segar dan agak ranggup apabila meratah hidangan ini. Memang hidangan yang sedap.
Nasi Goreng Udang, RM 11.90 satu hidangan~
Seperti dengan namanya, Nasi Goreng Udang ini penuh dengan udang-udang kecil yang membuatkan hidangan ini kelihatan sungguh menarik. Nampak seperti nasi goreng yang biasa, namun ianya memberi sedikit kemanisan yang datang daripada udang ini.
Nasi Goreng Pattaya, RM 8.90 satu hidangan~
Hidangan ini amat sesuai untuk dihidangkan kepada kanak-kanak yang tidak sukakan kepedasan, dan rasanya juga agak memuaskan dan lazat.
~ Restoran Terra Pong Sungai Congkak Review - The Drinks ~
Antara hidangan minuman yang yang telah menjadi pilihan kami pada kali ini adalah Laici Ais (RM 5.00 satu gelas), Manggo Ice Blended (RM 8.50 satu gelas) dan Pineapple MD2 Ice Blended (RM 8.50 satu gelas).
Secara keseluruhan, minuman yang ingin saya ketengahkan adalah minuman Manggo Ice Blended yang menjadi minuman kegemaran baru si isteri yang betul-betul gemarkan manisan yang berasaskan buah mangga.
Meskipun amat berbeza dengan hidangan Manggo Sago Lolo yang menjadi pilihan pertama si isteri, minuman Manggo Ice Blended ini telah berjaya menambat hati beliau yang menjadikan hidangan ini berada di tempat kedua selepas hidangan Mango Sago Lolo.
~ Restoran Terra Pong Sungai Congkak Review - Appetizer and Dessert ~
Sementara kami menunggu hidangan utama tiba, kami telah dijamu dengan hidangan kekacang (yang diberikan kepada pelanggan dengan percuma) serta keropok yang berharga RM 5.00 yang disertakan dengan sos pencicah thai.
Selain daripada makanan utama yang berat, terdapat juga pencuci mulut yang turut dijual di restoran ini, seperti tapai pulut dan juga beberapa jenis agar-agar seperti agar-agar kelapa, oreo dan juga pudding caramel.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
This comment has been removed by the author.
ReplyDelete