Sewaktu petang, di tatkala kesibukkan bandar dan orang yang pulang kerja, saya telah dipanggil oleh salah seorang sahabat saya untuk bertemu dan berbual mesra, dan lokasi yang telah beliau pilih adalah Caravan Cafe yang terletak di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi.
Sewaktu kehadiran saya di lokasi ini, kira-kira jam 6 petang, keadaan dalaman kafe ini kelihatan agak tenang dan mula dibanjiri oleh para pelanggan pada jam 6.30 petang dan keatas.
Apakah yang menarik tentang Caravan Cafe ini?
Diantara menu-menu yang disediakan di Caravan Cafe ini adalah berbentuk makanan ala-ala Western, terdiri daripada menu Burger, Spaghetti dan lain-lain lagi.
Disebabkan kami agak confuse dengan pilihan makanan (meskipun menunya tidak banyak seperti restoran lain), namun untuk memilih daripada menu-menu ini memang agak sukar, dan akhirnya kami telah memilih menu seperti dibawah.
Seafood Aglio Olio, RM 17.00 satu hidangan~
Clubhouse Egg Sandwich with Fries, RM 10.00 satu hidangan~
Inilah hidangan yang telah menjadi pilihan kami ketika berada di Caravan Cafe, iaitu Seafood Aglio Olio dan juga Clubhouse Egg Sandwich with Fries.
Bagi penggemar hidangan Seafood Aglio Olio yang kandungannya terdiri daripada Spaghetti dan hidangan laut seperti sotong, ini adalah hidangan yang agak memuaskan dengan kehadiran biji tomato yang telah dikeringkan (menambah perasa masam di dalam hidangan).
Bagi saya yang acah-acah diet ini, pilihan saya adalah Clubhouse Egg Sandwich yang dihidangkan dengan kentang goreng. Kandungan Clubhouse Egg Sandwich ini terdiri daripada telur benjo dan juga salad yang amat banyak, bersesuaian dengan gaya kehidupan yang sihat saya.. Hehehe..
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment