Monday, 25 March 2019

See Foo Hotel Bidor Review

Sewaktu perjalanan pulang daripada kenduri kahwin Najwa di Sungai Petani, Kedah, telah berlaku satu insiden yang tidak diingini dimana salah sebuah kenderaan rombongan telah mengalami kerosakkan di atas highway sebelum susur keluar Bidor.

 

Disebabkan waktu ketibaan kami susur keluar Bidor sudah hampir maghrib, maka kami telah sebulat suara untuk menetap di Pekan Bidor sementara menanti kenderaan siap untuk dibaiki.

Setelah berpusing-pusing sekitar Pekan Bidor, maka kami terlihat sebuah hotel yang diberi nama See Foo Hotel, dan bersepakat untuk menetap disini untuk semalam.


~ See Foo Hotel Bidor Review - The Room ~

 

See Foo Hotel yang terletak di Bidor ini boleh dikatakan sebagai sebuah hotel budget bertaraf 3 bintang (kalau mengikut kepada rating sendirian berhad) kerana kemudahan yang disediakan bagi penghuni adalah mencukupi berbanding dengan hotel budget yang lain.
Berikut adalah beberapa gambar yang diambil, merujuk kepada suasana dalaman bilik tidur yang disediakan oleh pihak pengurusan.

 
Kamar tidur bersaiz queen~

 
Beberapa kemudahan yang disediakan~

 
 
Bilik air serta peralatan yang disediakan~


Merujuk kepada kemudahan yang disediakan di dalam bilik, terutama sekali kemudahan di dalam bilik air, memang ternyata bahawa hotel ini memfokuskan para pelancong yang hanya inginkan tidur yang selesa serta para bagpackers.


**********

Sampai disini sahaja perkongsian ringkas saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment