Memang jarang-jarang saya melawat di sekitar Kampus UNITEN yang terletak di Bangi, namun pada hari ini, saya ke sini kerana menyertai pertandingan bola tampar yang dianjurkan di Stadium Sukan UNITEN.
Menjelang waktu makan tengah hari, maka ke Food Court 2 @Upten Uniten inilah kami datang untuk menjamu selera dengan perut yang kekosongan dan badan yang keletihan.
Sewaktu kehadiran kami di Food Court 2 @Upten ini, memang tidak banyak kedai yang buka, hanya Corazon Kitchen ini sahaja yang buka. Melihat kepada menu yang ditawarkan, kami telah mengambil peluang ini untuk merasai hidangan yang disediakan disini.
Di Corazon Kitchen ini menyediakan 2 jenis hidangan istimewa iaitu hidangan Masak Lemak dan juga hidangan ala-ala Kak Wok yang diberi nama Nasi Ala Wan.
Hidangan yang menjadi pilihan kami adalah Nasi Masak Lomak Omak Den~
Nasi Masak Lomak Omak Den ini mempunyai 4 jenis iaitu Masak Lomak Itik Salai, Masak Lomak Keli Salai, Masak Lomak Ayam Salai dan Masak Lomak Daging Salai.
Itik Salai RM 8.00 satu hidangan~
Daging Salai RM 6.00 satu hidangan~
Keli Salai RM 5.00 satu hidangan~
Masak Lemak yang disediakan di Corazon Kitchen ini agak pedas, boleh dikatakan ianya Masak Lemak Cili Api yang tidak sesuai untuk kanak-kanak. Selain daripada itu, setiap daging yang disediakan semuanya telah disalai terlebih dahulu, sebelum dimasukkan ke dalam hidangan masak lemak ini.
Nasi Ala Wan yang berharga RM 5.50 satu hidangan ini pula dihidangkan dengan Ayam Cincang, Gulai, Ikan Masin dan juga Sambal Belacan. Namun, sekiranya ingin menambah variasi, terdapat telur masin dan juga beberapa ulam-ulaman.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali inii. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment