Monday, 11 March 2019

Warung No 5 Gerai Arked MPSP Tanjung Dawai Kedah Review

Apabila tiba di Jeti Tanjung Dawai yang terletak di Sungai Petani, Kedah, kami mengambil kesempatan ini untuk menikmati minum petang di Gerai Arked MPSP yang terletak di sekitar kawasan ini.

 

Warung yang telah menjadi pilihan kami ketika berada di Gerai Arked MPSP Tanjung Dawai ini adalah Gerai yang bernombor 5.

Menu yang menarik kami sekumpulan untuk singgah di kedai ini adalah Mee Udang~



~ Warung No 5 Gerai Arked MPSP Tanjung Dawai Kedah Review - The Sea View ~

 

Sewaktu kami duduk di gerai ini, dan sementara menanti hidangan yang telah kami pilih (semestinya Mee Udang), memang kami dapat melihat ketenangan lautan yang biru disamping beberapa burung-burung berterbangan yang dapat menyebabkan di kecil terhibur.

Namun, harus diawasi juga apabila mereka duduk di tembok kedai kerana di sebalik tembok ini terdapat beberapa batu-batu yang besar dan boleh mengakibatkan kecederaan yang serius jika terjatuh.


~ Warung No 5 Gerai Arked MPSP Tanjung Dawai Kedah Review - The Menus ~

 

Menurut kepada menu yang disediakan oleh Warung No 5 ini, terdapat beberapa jenis hidangan yang disediakan selain daripada Mee Udang. Ada hidangan yang berasaskan nasi seperti Nasi Goreng dan ada juga hidangan beraneka seperti kuey teow, mee hun dan juga meggi.

Berikut adalah hidangan yang telah dipilih sebagai menu minum petang kami sekumpulan.


 
Mee Kuah Udang, RM 17.00 satu hidangan~

Udang yang disediakan di dalam Mee Kuah Udang ini memang banyak, kira-kira tujuh (7) hingga lapan (8) ekor udang. Namun, hidangan ini tidak dapat menandingi hidangan Mee Kuah Udang yang kami rasa di Kuala Kurau, kerana rasanya yang sangat cair sehinggakan tidak terasa langsung kuah yang disediakan.


 
Laksa Tok Yah, RM 3.50 satu hidangan~

Laksa Tok Yah yang disediakan di Warung No 5 ini juga sama, dimana kuah laksanya juga kurang berperisa seperti laksa yang pernah saya makan sebelumnya.


 
Air Batu Campur, RM 4.50 satu hidangan~

Berbanding makanan yang disediakan di Warung No 5 ini, ABC yang disediakan pula sangat manis dan boleh menyebabkan pelanggan yang menikmati hidangan pencuci mulut ini untuk mendapat penyakit kencing manis dengan cepat sekali. 

Bagi yang menggemarkan hidangan pencuci mulut yang sangat manis, maka ABC disinilah menjadi pilihan anda.


**********

Secara kesimpulannya, hidangan makanan yang disediakan di Warung No 5 ini tidak digalakkan oleh saya kerana rasanya yang kurang berperisa seolah-olah saya memakan Mee Udang yang berkuahkan air daripada berkuahkan kuah ubi.

Dijadikan satu cerita, mungkin pelik bagi saya dan tidak bagi tetamu lain, para pekerja yang bekerja disini juga mempunyai mulut yang tiada lesen, dimana mereka mengutuk para tetamu yang makan menikmati hidangan di kedai mereka.

Telah menjadi satu kebiasaan bagi mereka yang mempunyai anak kecil, dimana makanan pasti akan bersepah-sepah diatas lantai. Meskipun kami telah mengumpulkan makanan tersebut di satu tempat (bagi memudahkan pekerja kedai untuk membersihkannya), namun kami tetap menerima kecaman daripada pekerja di kedai ini.

Adakah penduduk Kedah, terutama sekali di Tanjung Dawai ini mempunyai mulut sebegini? Wallahualam..

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment