Black Canyon Coffee ini selalu kelihatan di pasaraya-pasaraya dan pusat membeli belah yang besar seperti Alamanda, IOI City Mall dan beberapa buah lokasi lagi, namun tidak ramai yang tahu menu-menu yang dihidangkan disini.
Di dalam post ini, saya akan berkongsi hidangan-hidangan yang kami nikmati ketika makan di Black Canyon Coffee ini, dimana hidangan ini menjadi hidangan rutin kami ketika datang untuk menjamu selera.
Hidangan ini memang menjadi pujaan hati saya setiap kali datang dan menikmati hidangan di Black Canyon Coffee ini. Dengan harga RM 9.90 sehidangan, kuah yang disediakan melalui hidangan ini sungguh sedap.
Kuahnya juga sesuai untuk menjadi sup untuk anak-anak kecil yang inginkan hidangan bersup. Sekiranya anda penggemar makanan yang pedas, anda boleh meminta cili potong~
~ Black Canyon Coffee Review - No 99 : Prawn Fried Rice ~
Nasi Goreng Udang ini sangat sesuai untuk menjadi hidangan untuk kanak-kanak. Meskipun banyak, namun sudah pasti hidangan ini tidak cukup untuk anak-anak anda.
Selain dari kanak-kanak, para ibu bapa yang menggemarkan hidangan berasaskan nasi dan udang ini sudah pasti akan memilih menu ini.
~ Black Canyon Coffee Review - No 155 : "Matcha" Green Tea Glacier Frappe ~
Ice Blended Green Tea yang disertakan dengan aiskrim vanila sebagai topping ini merupakan pelengkap kepada minuman seperti ini.
Kehadiran aiskrim ini menambahkan lagi keenakkan dan kelemakan kepada minuman ini.
**********
Sungguhpun namanya nampak sungguh Grand, makanan yang dihidangkan juga mempunyai rasa yang setimpal dengan namanya.
Namun, terdapat beberapa kali kami menikmati hidangan disini yang menyediakan hidangan terlebih garam.
Well, tiada sesiapa pun yang sempurna kan?
No comments:
Post a Comment