Pada malam terakhir kami berada di Melbourne ini, secara tiba-tiba terasa ingin berjalan-jalan di persekitaran Moreland Road untuk mencari makanan Halal yang lain.
Setelah hampir 10 minit berjalan tanpa hala tuju, akhirnya kami tiba di sebuah restoran yang ramai pelancong-pelancong memberi review; Roza Restaurant.
Untuk post yang sebelumnya, anda boleh membacanya melalui pautan ini >>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20, Part 21, Part 22, Part 23, Part 24, Part 25, Part 26<<
Roza Restaurant atau Roza Cafe (dalam Google Map) berjarak kira-kira 550 meter dari Dolma Hotel yang terletak di Sydney Road ini menyediakan set hidangan berunsurkan makanan arab.
Seperti di Malaysia yang juga terkenal dengan Nasi Arab yang sedap, di Roza Cafe ini juga menyediakan hidangan yang sama seperti di Malaysia.
Namun, terdapat perbezaan untuk hidangan di Melbourne ini jika dibandingkan dengan di Malaysia. Jom saya kongsi apakah yang berbeza dengan hidangan yang disediakan di Roza Restaurant ini.
~ Roza Restaurant Melbourne - Lamb Rice ~
Kuantiti nasi mandy yang disediakan sudah cukup untuk hidangan seramai 2 orang. Memang banyak dan kuantitinya hampir sama dengan hidangan nasi di Malaysia.
Kuah-kuah dan sayurannya sama dengan di Malaysia, cuma yang membezakan hidangan ini adalah sos cili dan sos ala-ala mayonis yang turut disediakan oleh Roza Restaurant ini.
Kambingnya memang terbaik, sangat lembut dan juga mengeluarkan jus ketika mengoyakkan daging-daging ini. Bila masuk di dalam mulut, terasa kelembutan yang kita tidak boleh dapati di Malaysia.
Memang terliur saya mengenangkan kambing yang disediakan di Roza Restaurant ini, menyebabkan saya ingin mengulangi semula makanan ini.
Dengan harga 15 AUD, ianya sangat berbaloi!
**********
Apabila di malam yang terakhir lah baru kami terjumpa makanan yang betul-betul sedap, menyebabkan kami terasa betapa ruginya kami terpaksa pulang ke Malaysia pada keesokkan hari.
Namun, kami memang sangat bersyukur kerana ditemukan dengan restoran ini.
Maka, berakhirlah sudah perjalanan kami di sekitar bandar Melbourne yang mengambil masa lebih kurang 6 hari dan 5 malam.
Untuk post yang seterusnya, kita masih lagi merujuk kepada perjalanan pulang ke Tanahair tetapi terdapat satu perkongsian kepada penggemar-penggemar kopi.
Adakah anda ingin tahu? Nantikan post saya yang seterusnya, berkongsi tentang brand-brand kopi yang terkenal di Melbourne yang anda harus cuba!
Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment