Keropok lekor sudah tidak sama lagi jika anda beli di kiosk Leko-Leko yang menyediakan hidangan keropok lekor di sekitar kawasan-kawasan bandar, terutamanya di pusat membeli belah.
Pada mulanya, saya ingatkan keropok lekor yang dijual di kiosk Leko-Leko ini adalah sama sahaja dengan keropok lekor yang dijual di kedai-kedai tepi jalan.
Tidak sangka tanggapan saya ini salah, dimana kerepok lekor yang dijual disini merupakan keropok lekor yang telah di-fusion-kan daripada keropok lekor asal.
Terdapat pelbagai variasi menu yang disediakan disini, terdiri daripada kentang (wedges dan fries), keropok lekor serta air minuman (biasanya untuk set kombo).
Oleh kerana namanya Leko-leko, maka post ini akan lebih memfokuskan keropok lekor berbanding dengan menu yang lain.
Keropok lekor disini terdiri daripada dua jenis; Lada Hitam dan Cheese Mayonis. Harganya pula seperti dibawah.
Black-Paper Leko
Small = RM 3.50
Medium = RM 4.50
Large = RM 6.90
Leko Cheezy-Mayo
Small = RM 4.00
Medium = RM 5.50
Large = 7.90
~ Leko-Leko Kiosk Review - Leko Cheezy-Mayo ~
Campuran di antara keropok lekor, cheese dan juga mayonis ini membuatkan menu ini digilai oleh orang ramai yang menggemarkan makanan jenis ini.
Kandungan cheese dan juga mayonis yang diletakkan, termasuk sekali dengan cili sos cair ini memang memberikan suatu sensasi yang berlemak, pedas dan masam-masam.
Sekali makan, pasti anda akan teringin untuk makan lagi. Begitu lah kesedapan makanan Leko Cheezy-Mayo ini bagi saya. Satu Leko Cheezy-Mayo Large pon masih tidak mencukupi.
*********
Setiap kali saya terlihat Kiosk Leko-Leko ini, sudah pasti saya akan singgah untuk membeli satu hidangan Cheezy-Mayo ini; samada saiz kecil, sederhana dan besar.
Sampai di sini sahaja perkongsian pada hari ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment