Thursday, 30 November 2017

Dubuyo Urban Korean Food Review

Di tatkala kita melihat cerita-cerita Korea yang bertemakan kepada masakan-masakan di Korea, sudah semestinya ingin merasai sendiri masakan tersebut. 

 

Di Malaysia yang merupakan syurga makanan, anda boleh menikmati hidangan Korea ini di pusat membeli-belah yang besar. IOI City Mall merupakan pusat tumpuan rakyat jelata untuk membeli belah, dan ada juga yang datang ke sini semata-mata untuk makan sahaja.

Salah sebuah kedai masakan Korea yang kami cuba pada kali ini adalah Dubuyo Urban Korean Food.


~ Dubuyo Urban Korean Food Review - Menu ~

 

Daripada makanan ala carte sehingga ke makanan set untuk sebuah keluarga, semuanya adalah berunsurkan makanan korea yang kita sering kali melihatnya di dalam rancangan Television.

Namun, bagaimana pula dengan rasanya? Jom saya kongsikan pengalaman kami merasai masakan Korea di Dubuyo Urban Korean Food yang terletak di IOI City Mall ini.


~ Dubuyo Urban Korean Food Review - Korean Gogi Set ~

 

Korean Gogi Set ini didatangi dengan 2 pilihan; Honey Garlic Bulgogi Chicken ataupun Kimchi Chicken. Gambar diatas adalah gambar bagi menu Honey Garlic Bulgogi Chicken, yang merupakan menu pilihan saya pada kali ini.

Set ini didatangi dengan nasi beras perang, ayam halia, sayur campur, telur, sup dan juga banchan (lauk sampingan) seperti kimchi dan lain-lain mengikut hari.

Sejujurnya, hidangan ini kelihatan agak tidak menarik dan rasanya agak unik dan pelik. Sekiranya dibandingkan dengan masakan kampung, ternyata masakan ini boleh ditransformasi mengikut citarasa orang Malaysia.

Harga untuk hidangan ini adalah RM 17.50 (termasuk 6% GST).


~ Dubuyo Urban Korean Food Review - Heoni Beoteo Bap ~

 

Set hidangan ini telah berjaya memenangi hati pelanggan yang hadir ke Restoran Dubuyo Urban Korean Food, seterusnya menjadi hidangan Nombor 1 yang diundi oleh pelanggan disini.

 

Hidangan utama set Heoni Beoteo ini didatangi dengan nasi beras perang, telur, sayur campur, ayam goreng yang disertakan dengan kuah unik dan juga cili sos korea untuk memberikan sensasi kepedasan kepada pelanggan.

Menurut sahabat saya yang menikmati makanan ini, beliau mengatakan bahawa makanan ini memang sedap dan beliau mengatakan yang saya patut mencubanya sendiri.

Harga untuk hidangan ini adalah RM 14.20 (selepas mendapat diskaun sebanyak RM 5).


~ Dubuyo Urban Korean Food Review - Soondubu Jigae ~

 

Soondubu Jigae ini merupakan hidangan yang berasaskan sup; terdiri daripada 3 pilihan iaitu Daging Lembu, Daging Ayam ataupun Makanan Laut. Pilihan-pilihan ini mempunyai harga yang berbeza.

 

Hidangan yang dipesan oleh sahabat saya ini adalah berasaskan daging. Berbeza dengan sup biasa, sup ini kelihatan agak keruh, kebarangkalian dimasukkan beberapa jenis rempah kedalamnya.

Sahabat saya juga mengatakan bahawa hidangan ini, lebih-lebih lagi bahagian sup, mempunyai rasa yang unik berbanding dengan sup yang biasa kita makan di Malaysia.

Harga untuk hidangan ini adalah RM 17.50 (termasuk 6% GST).


~ Dubuyo Urban Korean Food Review - Noodle Set ~

 

Set Noodle di Dubuyo Urban Korean Food ini juga terdiri daripada 3 jenis; Daging Ayam, Daging Lembu ataupun Makanan laut. Salah seorang daripada sahabat saya memesan hidangan yang berasaskan daging ayam sebagai hidangannya pada kali ini.

 

Set ini mengunakan mee yang hampir serupa dengan Maggi Mee di Malaysia, ataupun mungking memang menggunakan Maggi Mee sebagai menu utamanya.

Berdasarkan kepada hidangan Daging Ayam ini, saya boleh memberikan kepastian bahawa 70% kandungan di dalam hidangan ini adalah terdiri daripada sayur-sayuran.

Harga untuk hidangan ini adalah RM 18.50 (termasuk 6% GST).


~ Dubuyo Urban Korean Food Review - Kimbap Chicken ~

 

Sekiranya anda memilih hidangan daripada Menu #SeoulAwesome Daily Deals, maka anda boleh memesan Kimbap Chicken ini dengan harga RM 3 sahaja.

Syaratnya, anda harus memesan 4 menu hidangan set daripada #SeoulAwesome Daily Deals sahaja. Sungguh mudah dan senang.

**********

Mengikut citarasa yang berlainan, ada yang mengatakan hidangan makanan Korea disini adalah sedap, dan ada yang tidak mampu untuk memakan makanan ini meskipun secara dipaksa.

Saya pernah muntah apabila makan makanan di Korea Selatan sendiri, dimana masakannya memang jauh berbeza dengan masakan di Malaysia.

Lama kelamaan, ianya menjadi satu rasa yang sedap, serasi dengan tekak dan perut saya. Namun, proses untuk penyesuaian diri itu memang lama.

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan Restoran Dubuyo Urban Korean Food yang terletak di IOI City Mall Putrajaya. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment