Thursday, 16 November 2017

Asam Pedas Kambing Review @Sukma, Kuantan

Selalunya kita seringkali mendengar hidangan asam pedas di Melaka, menjadi pujaan para pelancong dari Malaysia mahupun dari luar negara.

 

Namun, apabila kita terlalu melihat Asam Pedas yang sedap di Melaka, kita terlupa bahawa masih ada Asam Pedas di negeri lain yang juga sesedap Asam Pedas di Melaka.

Salah satu kedai makan Asam Pedas yang saya maksudkan adalah Restoran Sukma, yang terletak di Kuantan.

~ Asam Pedas Kambing Review @Sukma, Kuantan - Lokasi ~

 

Kedai di tepi jalan di Malaysia seperti Restoran Sukma ini sudah semestinya tidak boleh dipandang ringan. Terletak di Jalan Bukit Setongkol Kuantan, Restoran ini menghidangkan masakan Asam Pedas yang cukup lazat.


~ Asam Pedas Kambing Review @Sukma, Kuantan - Menu ~

 

Terdapat pelbagai variasi menu dan hidangan yang disediakan di Restoran Sukma ini, termasuk makanan tradisional dan juga makanan Western.

Restoran Sukma ini juga menjadi pusat tumpuan penduduk tempatan untuk menikmati sarapan pagi dan minum petang seperti Roti Canai, Cucur Udang dan sebagainya.

Disebabkan kami ke sini untuk menikmati masakan Asam Pedas mereka, maka tanpa membuang masa, jom saya kongsikan~


~ Asam Pedas Kambing Review @Sukma, Kuantan - Set Asam Pedas Kambing ~

 

Set hidangan Asam Pedas Kambing yang disediakan di Restoran Sukma Kuantan ini mengandungi nasi putih, salad timun, telur masin, sambal pedas, dan tidak dilupakan adalah menu utama saya; Asam Pedas Kambing.

 

Tidak pernah ada kedai yang menyediakan hidangan Asam Pedas Kambing, dimana asam pedasnya memang kena dengan kambing yang dihidangkan.

Rasa kambingnya yang empuk dan kesedapannya apabila dimakan bersama-sama dengan kuah Asam Pedas ini memang memberikan satu kepuasan kepada pelanggan yang datang di sini.

Sekiranya saya diberi peluang untuk memberi peluang untuk menilai hidangan ini, sudah semestinya saya menilainya lebih sedap jika dibandingkan dengan Asam Pedas di Melaka!

**********

Sampai disini sahaja perkongsian dari saya berkenaan dengan Asam Pedas Kambing di Restoran Sukma Kuantan.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment