Nasi kukus yang telah berjaya menawan kawasan Pekan dan Kuantan, Nasi Kukus My Mama yang berkonsepkan ala-ala seperti KFC tetapi mengikut citarasa penduduk tempatan.
Sekali pandang memang nampak macam KFC, dengan warna yang bertemakan gabungan Merah dan Putih. Nasi Kukus My Mama di pintu masuk Toll Gambang menjadi tumpuan saya pada kali ini.
Kedai Nasi Kukus My Mama ini menyediakan hidangan set dengan harga yang berpatutan.
Terdapat pelbagai variasi jenis ayam yang anda boleh pilih disini seperti Ayam Goreng Berempah dan Ayam Masak Merah. Anda boleh memilih diantara salah sebuah jenis ayam ini sebagai lauk utama Nasi Kukus anda.
~ Nasi Kukus My Mama Review - Suasana Dalam Kedai ~
Dengan bertemakan gabungan warna merah dan putih, kedai ini memberikan satu fenomena yang menjadi daya tarikkan kepada pelanggan yang hadir.
Tanpa membuang masa, ayuh kita lihat hidangan yang saya pesan di Nasi Kukus My Mama ini.
~ Nasi Kukus My Mama Review - Nasi Kukus Ayam Berempah ~
Ini adalah hidangan utama bagi menu Ayam Berempah yang dihidangkan di Nasi Kukus My Mama. Harga hidangan set ini adalah RM 9.43 (termasuk 6% GST). Untuk pilihan air, anda boleh memilih salah satu daripada 5 jenis air yang disediakan disini.
~ Nasi Kukus My Mama Review - Kuah Nasi Kukus ~
Kepekatan kuah nasi kukus ini memang membuatkan hidangan di sini menjadi sedap. Terasa kandungan kerisik yang terdapat di dalam kuah ini.
~ Nasi Kukus My Mama Review - Sos Cili Hijau ~
Kelihatan seperti tidak terlalu pedas, tetapi sos ini berjaya membuatkan saya berpeluh-peluh ketika menikmati hidangan Nasi Kukus Ayam Berempah disini.
~ Nasi Kukus My Mama Review - Ayam Berempah ~
Sangat lembut dan berempah, meskipun pada bahagian ayam yang berdaging. Memang terbaik!
**********
Selamat menjamu selera semua~
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment