Kami tersampai awal di destinasi yang sepatutnya kami tujui, iaitu melihat Penguin di Penguin Parade pada waktu matahari terbenam. Namun disebabkan terlalu awal, kami menghala ke penghujung Phillip Island; Nobbies Walk.
Nobbies Walk ini terletak tidak jauh dari Penguin Parade, kira-kira dalam lingkungan 5KM sahaja. Sekiranya anda pertama kali membaca post berkenaan dengan Melbourne, anda boleh menbaca post yang lain melalui pautan dibawah.
>>Part 1, Part 2, Part 3, Part 4, Part 5, Part 6, Part 7, Part 8, Part 9, Part 10, Part 11, Part 12, Part 13, Part 14, Part 15, Part 16, Part 17, Part 18, Part 19, Part 20, Part 21, Part 22, Part 23, Part 24<<
Satu-satunya bangunan yang ada pada permulaan Nobbies Walk ini, memamerkan informasi-informasi yang berguna kepada pelancong-pelancong yang ingin mengetahui gaya hidup haiwan-haiwan yang boleh didapati di Phillip Island.
Tempat letak kenderaan yang disediakan juga sangat luas dan juga sesuai untuk meletakkan bas di kawasan ini.
~ Nobbies Walk - The Walk ~
Jarak Nobbies Walk ini melingkungi sejauh 1.2 KM, melalui lereng bukit di Selat Bass. Jalannya yang diperbuat daripada kayu ini menampakkan keanggunan dan keunikan Nobbies Walk ini.
Warna pasir di persekitaran Nobbies Walk ini berwarna hitam, sangat unik jika dibandingkan dengan warna pasir di tempat yang lain.
Seterusnya adalah koleksi gambar-gambar yang diambil di sepanjang 20 minit kami berada di sini.
~ Nobbies Walk - Sunset in Melbourne ~
Memang sungguh cantik pemandangan matahari terbenam di kawasan Nobbies Walk ini. Suasananya yang tenang dengan kicauan burung-burung memang merupakan satu pengalaman yang paling berharga bagi kami sekeluarga.
**********
Sedar tidak sedar dengan keindahan matahari terbenam di Nobbies Walk ini, kami terpaksa bergegas ke Penguin Parade semula untuk melihat penguin-penguin pulang ke rumah masing-masing.
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Jumpa lagi di post yang akan datang. Saya hendak pergi kejar penguin ni~
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment