Kelantan memang terkenal dengan makanan-makanan yang sedap-sedap dan juga murah-murah. Selain daripada masakan tempatan, di Kelantan juga terdapat kedai-kedai makan yang berasaskan masakan Indonesia.
Salah sebuah kedai yang menyediakan makanan Indonesia di Kota Bharu adalah di Warisan Nasi Sumatera Berek 12, terletak kira-kira 200 meter dari Perodua Berek 12.
Jom kita lihat masakan dan hidangan yang disediakan di kedai ini.
Kebanyakan lauk-lauk yang disediakan di kedai ini adalah lauk yang bergoreng. Terdapat juga lauk-lauk yang berkuah seperti kuah kari, namun ianya tidak lah begitu banyak.
Antara lauk yang boleh dikenal pasti ketika makan tengah hari disini adalah seperti Ayam Kampung Goreng, Ikan Keli Goreng, Kari Ikan, Kari Ayam, Telur Masak Cili, dan sebagainya.
~ Warisan Nasi Sumatera Berek 12 Review - Taste ~
Seperti makanan yang lain, Nasi Sumatera ini tidaklah begitu special dimana rasanya sama sahaja berbanding dengan nasi berlauk yang lain.
Anda boleh memilih jenis lauk yang ingin anda makan. Untuk saya, saya memilih lauk Ayam Kampung Goreng, Paru Goreng dan beberapa ketul hati.
Harga untuk hidangan ini adalah murah jika dibandingkan dengan kedai makan yang lain, malahh di kawasan ini harga makanan seperti ini adalah lebih kurang sama.
Harga untuk hidangan ini adalah murah jika dibandingkan dengan kedai makan yang lain, malahh di kawasan ini harga makanan seperti ini adalah lebih kurang sama.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment