Thursday, 16 July 2020

11 Tempat bersejarah di Kota Mekkah dan sekitarnya yang anda harus lawati

Salam sejahtera semua. Di bahagian ini, saya akan menggabungkan tempat-tempat bersejarah yang telah kami lawati ketika berada di Kota Mekkah disepanjang 11 hari kami berada disini sewaktu menunaikan Ibadah Umrah pada tahun 2019.

 

Terdapat banyak tempat-tempat yang menarik di sekitar Kota Mekkah, sama ada ianya terletak berhampiran dengan Masjidil Haram mahupun yang terletak di kawasan luar Kota Mekkah (yang kebanyakkannya adalah lokasi penting dalam Sejarah Islam).

Tanpa membuang masa, di sini, saya akan berkongsikan dengan anda koleksi Tempat bersejarah di Kota Mekkah dan sekitarnya untuk santapan hati.


~ Ziarah Dalaman Kota Mekkah - No 1 : Perpustakaan Mekkah ~

 

Perpustakaan Mekkah yang terletak di kawasan luaran diantara Bukit Safa dan Bukit Marwah ini dikatakan merupakan rumah dimana Baginda Rasulullah s.a.w dilahirkan ke muka bumi.

Namun, menurut kepada Mutawwif yang membawa kami melawat ke lokasi ini, terdapat satu informasi yang amat mengejutkan saya. Anda boleh membaca secara terperinci melalui pautan dibawah.



~ Ziarah Dalaman Kota Mekkah - No 2 : Tapak Rumah Rasulullah s.a.w dengan Siti Hadijah r.a ~

 

Tapak Rumah Baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama dengan Siti Hadijah r.a ini terletak dihadapan Perpustakaan Mekkah, dimana ianya lebih hampir dengan laluan Bukit Safa dan Bukit Marwah, dibezakan dengan lantainya yang bersaiz kecil.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan dengan Tapak Rumah Baginda Rasulullah s.a.w ini, boleh dibaca menerusi pautan dibawah.



~ Ziarah Dalaman Kota Mekkah - No 3 : Tapak Rumah Saidina Abu Bakar r.a ~

 

Tapak rumah yang kedua adalah tapak rumah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a, yang mana tapaknya telah didirikankan sebuah masjid yang bernama Masjid Abu Bakar.

Hanya sedikit sahaja informasi yang dapat saya kongsikan tentang Masjid Abu Bakar ini, dimana anda boleh membacanya melalui pautan dibawah.



~ Ziarah Dalaman Kota Mekkah - No 4 : Bukit Safa dan Bukit Marwah ~

 

Lokasi ini amat penting bagi mereka yang ingin menunaikan Ibadah Umrah serta Ibadah Haji, dimana salah satu daripada rukun ibadah-ibadah tersebut adalah dengan menunaikan Saie sebanyak tujuh (7) kali perjalanan diantara bukiu-bukit tersebut.

Kenali dengan lebih lanjut berkenaan dengan Bukit Safa dan Bukit Marwah melalui pautan yang telah saya sediakan dibawah.



~ Ziarah Dalaman Kota Mekkah - No 5 : Museum As-Haabee Exhibition ~

 

Museum ini lebih mengongsikan pengorbanan para Sahabat Baginda Rasulullah s.a.w didalam usaha mereka mengembangkan agama Islam sejak daripada hari pertama kerasulan Baginda Rasulullah s.a.w.

Museum ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, dimana saya telahpun buat pemecahan bahagian-bahagian tersebut seperti di pautan dibawah.

(Museum As-Haabee : Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4)


~ Ziarah Luaran Kota Mekkah - No 6 : Jabbal Thur ~

 

Jabbal Thur (atau Bukit Thur) ini merupakan diantara bukit yang tertinggi di Selatan Kota Mekkah, menjadi lokasi persembunyian Baginda Rasulullah s.a.w bersama-sama dengan Saidina Abu Bakar r.a daripada diburu oleh pembunuh dari Kaum Musyrikin Mekkah, sebelum berlakunya peristiwa Hijrah.

Agak sedikit perkongsian yang saya dapat berikan melalui pautan dibawah, berkenaan dengan Jabbal Thur ini.



~ Ziarah Luaran Kota Mekkah - No 7 : Masjid Namirah dan Padang Arafah ~

 

Padang Arafah dahulunya sebuah padang pasir yang tiada apa-apa pun, kini dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau serta menjadi salah satu lokasi rukun Ibadah Haji.

Hanya sedikit sahaja perkongsian yang dapat saya berikan pada post yang asal, dipautkan di bawah ini.



~ Ziarah Luaran Kota Mekkah - No 8 : Jabar Rahmah ~

 

Jabar Rahmah (Bukit Rahmah) ini dikatakan lokasi dimana Nabi Adam a.s bertemu dengan Hawa setelah berpisah selama 40 tahun di atas muka bumi ini. Bukit ini juga terkenal dengan mereka-mereka yang berdoa mencari jodoh.

Informasi yang lebih mendalam dapat dibaca menerusi pautan dibawah.



~ Ziarah Luaran Kota Mekkah - No 9 : Jabar Qurban ~

 

Jabar Qurban (atau dikenali sebagai Bukit Qurban) diberi nama sempena peristiwa Qurban oleh Nabi Ibrahim a.s yang telah dititahkan oleh Allah s.w.t untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s, dimana kemudiannya Allah s.w.t mengantikan dengan haiwan yang lain.

Anda boleh membaca kisah ini dengan lebih terperinci menerusi pautan dibawah.



~ Ziarah Luaran Kota Mekkah - No 10 : Jamratul Aqobah ~

 

Sewaktu perjalanan pulang daripada melawat Padang Arafah dan juga Jabar Rahmah, maka kami telah ditemukan dengan satu lokasi yang diberi nama Jamratul Aqobah.

Ianya juga adalah salah satu daripada rukun Ibadah Haji yang wajib dilakukan, dimana saya kongsikan infomasi ringkas berkenaan dengan perkara ini menerusi pautan dibawah.



~ Ziarah Luaran Kota Mekkah - No 11 : Jabbal Nur ~

 

Disebabkan perasaan ingin tahu bagaimana Baginda Rasulullah s.a.w menerima wahyu yang pertama, diturunkan oleh Malaikat Jibril, saya menyahut cabaran untuk mendaki Jabbal Nur (atau Bukit Nur) ini bersama-sama dengan para jemaah yang lain.

Kesukaran yang saya hadapi demi mendaki Bukit Nur ini hanya boleh digambarkan menerusi pautan dibawah.



**********

Sampai disini sahaja perkongsian saya berkenaan dengan kompilasi tempat-tempat bersejarah yang telah saya lawati ketika berada di Kota Mekkah. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment