Monday, 20 July 2020

Koleksi Tempat Makan dan Shopping di Kota Mekkah

Berada di Kota Mekkah selama sebelas (11) hari ini memang memberi saya seribu satu makna, selain daripada beribadah di Masjidil Haram dengan meneroka lokasi-lokasi disekitar Kota Mekkah untuk mengisi perut sebelum dan selepas melakukan ibadah disini.

Berikut adalah beberapa lokasi tempat makan dan juga tempat membeli belah yang telah kami pergi yang terletak di Kota Mekkah.


~ Koleksi Tempat Makan dan Shopping di Kota Mekkah - No 1 : Al Abraj Hypermarket ~

Al Abraj Hypermarket memang merupakan salah satu daripada lokasi penting kami untuk membeli barang-barang harian seperti air minuman (air susu), barangan kering (biskut, keropok) serta barangan untuk dibawa pulang ke Malaysia sebagai buah tangan.

Memang banyak barangan yang boleh didapati disini, dimana anda boleh melihat barang-barangan tersebut menerusi pautan dibawah.

(Al Abraj Hypermarket)


~ Koleksi Tempat Makan dan Shopping di Kota Mekkah - No 2 : Al Safwa Tower ~

Al Safwa Tower ini terbahagi kepada beberapa tingkat yang memang terkenal dengan semua para jemaah daripada Malaysia, Indonesia dan juga Singapura disebabkan terdapat hidangan makanan daripada Malaysia iaitu D'Saji yang terletak di tingkat dua (2).

Di Al Safwa Tower ini, selain daripada kawasan food court mereka yang sangat besar, terdapat juga pakaian-pakaian, barangan wangian seperti minyak atar dan pelbagai lagi barangan lain yang boleh dibeli dan dibawa balik sebagai saguhati, diperincikan menerusi pautan dibawah.

(Al Safwa Tower)


~ Koleksi Tempat Makan dan Shopping di Kota Mekkah - No 3 : Pizza Hot Kiosk ~

Kiosk Pizza Hot adalah merupakan salah satu kiosk kegemaran si isteri kerana di Kiosk ini, kami dapat memperolehi Kunafa' dengan senang dan harganya sangat berpatutan (harganya hampir sama dengan harga kunafa' yang kami perolehi dari Kota Madinah.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh membaca perincian tentang kiosk ini menerusi pautan di bawah.

(Pizza Hot Kiosk)


~ Koleksi Tempat Makan dan Shopping di Kota Mekkah - No 4 : Nasi Unta Aziziah ~

Restoran Nasi Unta Aziziah ini adalah lokasi dimana pihak travel agent kami membelanja kami semua menikmati hidangan Nasi Unta yang boleh dinikmati oleh kaum lelaki dan juga kaum wanita di dalam satu jangkamasa yang sama.

Nasi unta yang disediakan di restoran ini memang lazat, namun disebabkan masakkan Arab, maka ianya agak berminyak sedikit. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, anda boleh membaca perincian berkenaan dengan Restoran Nasi Unta Aziziah ini melalui pautan dibawah.

(Restoran Nasi Unta Aziziah)


~ Koleksi Tempat Makan dan Shopping di Kota Mekkah - No 5 : Broast Al Arabi Jabal Omar ~

Disebabkan peristiwa Restoran Broast Al Baik yang seumpama medan peperangan, maka saya dengan rasa berat hati mengambil langkah untuk menghala ke Restoran Broast Al Arabi yang terletak tidak jauh daripada Restoran Broast Al Baik.

Seperti yang kita maklum berkenaan dengan Restoran Broast Al Baik, Restoran Broast Al Arabi juga menyediakan hidangan seperti KFC, Marybrown mahupun Texas Chicken. Perincian tentang restoran ini boleh didapati menerusi pautan dibawah.

(Restoran Broast Al Arabi)


**********

Sampai disini sahaja koleksi tempat makan dan juga pusat membeli belah yang telah kami pergi, untuk memastikan kami mempunyai tenaga yang mencukupi untuk mengerjakan ibadah disepanjang kami berada di Kota Mekkah.

Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~


No comments:

Post a Comment