Monday, 6 July 2020

Umrah 2019 | Part 60 | Mekkah | Masjidil Haram

Setelah mengenali suasana di Kota Madinah dan juga di Kota Mekkah, bagi edisi Umrah yang telah kami lalui selama 22 Hari dimana kebanyakkan masa kami berada di dalam Masjid Nabawi (di Kota Madinah) dan Masjidil Haram (di Kota Mekkah), maka kami telah pun tiba di penghujungnya.

 

Maka, bagi menutupi edisi Umrah 2019 pada kali ini, saya akhiri dengan bahagian Masjidil Haram yang terletak di Kota Mekkah.



~ Umrah 2019 | Part 60 | Mekkah | Masjidil Haram - Mengenali Masjidil Haram ~


 

Kebanyakkan tulisan di sekitar kawasan Masjidil Haram ini agak sukar untuk difahami, salah satunya adalah "Mataaf Sahn". Sewaktu saya berada di dalam kawasan Masjidil Haram ini, saya sesudah menunaikan solat, saya sempat juga untuk menerokai kawasan Masjidil Haram ini.

Ketika saya mengikuti penunjuk arah Mataaf Sahn ini, akhirnya saya tiba di lokasi tawaf. Oleh itu, bagi mereka yang ingin ke lokasi tawaf, hanya ikut sahaja penunjuk arah ini.



 

Perkara yang paling utama kepada mereka yang pertama kali hadir ke Masjidil Haram untuk menunaikan ibadah Umrah mahupun ibadah Haji adalah titik permulaan tawaf, yakni terletak di penjuru Hajratul Aswad (Rukun Hajar Aswad).

Tawaf yang pertama bermula pada penjuru ini (dan juga boleh kelihatan lampu-lampu yang berwarna hijau di dinding Masjidil Haram, sepertimana di dalam gambar diatas) dan juga berakhirnya Tawaf yang ke-tujuh (ke-7) juga pada penjuru Rukun Hajar Aswad.


 
 
 

Pada salah satu malam kami menginap di Kota Mekkah, saya dan Irfan berkesempatan untuk menunaikan solat Maghrib dan juga solat Isya' di bumbung Masjidil Haram disebabkan kawasan dalaman masjid telahpun ditutup kerana telah penuh.

Pada waktu malam, ketika berada di bumbung Masjidil Haram sambil melihat kerlipan bintang serta bangunan-bangunan disekeliling, terdetik sebuah perasaan tenang di dalam hati. Masyaallah..


~ Umrah 2019 | Part 60 | Mekkah | Masjidil Haram - Melaksanakan Tawaf Wida' ~

 

Sepertimana ketika pertama kali tiba di Kota Mekkah dengan melakukan ibadah Umrah, maka sebelum meninggalkan Kota Mekkah untuk pulang ke tanah air masing-masing juga perlu melaksanakan ibadah yang terakhir, iaitu Tawaf Wida'.

Sama seperti tawaf yang dilakukan ketika menunaikan Umrah, Haji mahupun ketika diantara waktu solat, Tawaf Wida' (atau dikenali sebagai tawaf selamat tinggal) ini disarankan untuk dilakukan pada hari terakhir sebelum meninggalkan Masjidil Haram, khususnya Kaabah.

Selepas menunaikan Tawaf Wida' ini, setiap umat Islam diharamkan untuk memasuki Masjidil Haram serta melakukan urusan jual beli di kedai-kedai di Kota Mekkah kecuali untuk membeli sedikit makanan mengisi perut yang kekosongan. Sekiranya berlaku perkara-perkara diatas, maka jemaah tersebut harus membayar Dam.


**********

Alhamdulillah, selesai sudah perkongsian saya berkenaan dengan Edisi Umrah 2019 yang telah kami tunaikan pada tahun lepas. Semoga para pembaca mendapat manfaat dan sedikit ilmu pengetahuan serta dapat bersiap sedia untuk menunaikan Ibadah Umrah kelak.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.

Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment