Ramai yang mengatakan bahawa Bubble Milk Tea yang dibuat oleh sebuah kedai yang diberi nama Xin Fu Tang ini mempunyai keenakkannya yang tersendiri, menyebabkan kami terasa ingin mencuba hidangan Bubble Milk Tea yang terletak berhampiran dengan The Wave Residence di Klebang, Melaka.
Dengan rasa ingin tahu, maka saya bersama-sama dengan anakanda yang pertama, Izz Irfan Shah menerokai kedai Xin Fu Tang yang terletak berhampiran dengan homestay yang kami diami ketika ini.
~ Xin Fu Tang Klebang Review - The Menu ~
Memang banyak menu (dikhususkan kepada menu hidangan minuman) yang boleh didapati disini, terdiri daripada menu Milk Tea, Green Tea dan lain-lain lagi. Namun, hanya satu hidangan yang menarik perhatian kami iaitu Brown Sugar Boba Milk Tea.
Cara penyediaan Brown Sugar Boba Milk Tea di Xin Fu Tang ini dapat dilihat dengan sendirinya, sepertimana yang akan saya kongsikan dibawah ini.
Inilah tempat dimana Boba yang dimasak dengan gula melaka (atau gula perang), sebelum dimasukkan kedalam bekas air~
Selepas Boba dimasukkan kedalam bekas, maka susu segar dituang kedalam bekas bersama-sama dengan air batu~
Seterusnya, krim turut diletakkan kedalam setiap bekas~
Brown Sugar halus kemudiannya ditaburkan diatas setiap bekas~
Dan dibakar untuk mendapatkan kemanisan tambahan daripada taburan gula melaka ini~
Maka, siaplah hidangan utama yang boleh didapati di Xin Fu Tang, iaitu Brown Sugar Boba Milk Tea~
Brown Sugar Boba Milk Tea yang disediakan di Xin Fu Tang ini agak berlainan dengan Brown Sugar Milk Tea yang boleh didapati samada di Tealive ataupun kedai-kedai yang menyediakan hidangan yang hampir sama.
Ini adalah disebabkan rasa kemanisannya yang boleh dirasai dengan dua cara; iaitu dengan memulakan hirupan (dari straw) dari kandungan gula di bawah bekas dan perlahan-lahan menarik keatas melalui kawasn susu segar (sambil menghirup) ataupun dengan menggoncangkan terus dan menikmati rasanya yang sekata.
**********
Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang.
Bubbyeee~~~~~
No comments:
Post a Comment