Wednesday 30 May 2018

Burger Segamat, Johor Review

Setiba kami di Segamat, banyak kawan-kawan saya menyatakan kepada saya untuk merasai Burger Segamat yang terletak di Bandar Segamat, Johor.

 

Pada asalnya, saya akan terkilan akan mengapa mereka memaksa saya untuk merasai Burger yang terletak disini. Disebabkan saya ini pantang dicabar, lebih-lebih lagi bab makanan ini, maka saya pun menyahut cabaran dan seruan kawan-kawan saya.

Siapa sangka bahawa sangkaan saya merosot apabila saya merasai burger yang disediakan disini.


~ Burger Segamat, Johor Review - Kiosk Location and Its Menu ~

 

Terletak di Billion Segamat, anda boleh mendapati sebuah kedai burger yang diberi nama Burger Segamat, betul-betul terletak di tepi jalan diantara Billion yang menjual pakaian dan Billion yang menjual makanan.

Harga Burger yang dijual disini terdiri daripada 2 jenis; biasa dan juga special (biasanya untuk menu special, daging burger disaluti dengan telur). Untuk mengetahui harga burger di sini, boleh besarkan gambar diatas (klik).


~ Burger Segamat, Johor Review - The Burger ~

 

Ketika melihat cara-cara penyediaan burger disini, kelihatan tuan kedai memasukkan sejenis serbuk ala-ala serbuk kari (memang serbuk kari sebenarnya) ke dalam penyediaan burger ini.

Inilah rahsia yang menjadikan setiap burger-burger yang disediakan disini sangat sedap, ditambah pula dengan sos dan juga mayonis yang agak banyak. Tidak percaya?

Saksikanlah menu yang telah kami pesan di bawah~

 
Burger Daging Special~

 
Oblong Kambing Special~

**********

Saya memang berpuas hati dengan burger-burger yang mereka sediakan. Sekiranya anda datang di sekitar Segamat, maka kedai burger ini WAJIB anda singgah dan merasainya sendiri melazatan burger yang disediakan.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~

2 comments:

  1. Perghh..lama x rasa bege segamat. Selalu outing ke sana. Tiap kali, mesti tapau bege. Memang sedap!!

    ReplyDelete
  2. 4 tahun lepas bawak anak makan berger pakcik ni sampai sekarang dok sebut2, kalau repeat balik ni mesti senyum sampai telinga

    ReplyDelete