Friday 11 May 2018

Konichiwa Cafe Bangi Review

Ketika kami sedang berpusing-pusing untuk mencari kedai makanan Jepun di sekitar Bangi (disebabkan Restoran Miyagi tutup), dengan bantuan internet, maka jodoh telah menemukan kami dengan sebuah restoran yang diberi nama Konichiwa Cafe.

 

Konichiwa Cafe ini adalah sebuah restoran masakan Jepun Muslim, juga merupakan makanan Japanese Muslim yang pertama di dalam Malaysia.

Terletak di sebelah jalan utama di dalam bandar bangi, Konichiwa Cafe ini adalah restoran yang Wajib anda datang, terutama kepada anda yang beragama Islam.


~ Konichiwa Cafe Bangi Review - The Restaurant ~

 

Meskipun di luar nampak hambar, namun apabila masuk didalam Konichiwa Cafe ini memang memberikan anda satu pengalaman yang lain daripada yang lain dengan tema yang disediakan. Kawan saya menyatakan yang ianya sama dengan suasana ketika beliau belajar di Jepun.

 
Bahagian dapur~

 
Kawasan buat air~

Yang paling menarik sekali adalah Chef yang menyediakan hidangan Masakan Jepun Muslim ini adalah Orang Melayu Muslim, yang mempunyai pengalaman di dalam bidang ini lebih daripada 25 tahun.

Konichiwa Cafe ini hanya tutup pada hari Isnin sahaja. Pada hari-hari yang lain, Konichiwa Cafe ini dibuka bermula seawal jam 12 tengah hari sehingga 11 malam.


~ Konichiwa Cafe Bangi Review - The Menu ~

 

Pelbagai jenis hidangan dan masakan Jepun serta beberapa jenis masakan campuran (Fusion) juga turut disediakan, untuk memberikan beberapa jenis variasi kepada para pelanggan yang datang ke Konichiwa Cafe ini.

Berikut adalah beberapa kategori jenis makanan yang disediakan disini.

|  Bento Set  |  Teppanyaki  |  Western  |  Appetizer  |  Noodle  |  Malaysian  |  Assorted Sushi  |  Kids Meal  |


Tanpa membuang masa, jom kita terokai jenis-jenis makanan Jepun Muslim yang menjadi santapan kami pada kali ini.


~ Konichiwa Cafe Bangi Review - Chicken Teriyaki Bento ~

 

Hidangan ini disediakan bersama-sama Nasi Kukus ala-ala Jepun, Salad, Ayam Teriyaki (rasa manis-manis, tapi tidak terlalu manis), Yasai Itame (tidak silap, yang ini hidangan sayur campur kot), Miso Sup dan juga Chawan Mushi.

Hidangan ini juga didatangi dengan secawan Japanese Tea dengan percuma. Harganya pula adalah RM 18.90 untuk satu hidangan dan dikategorikan dibawah Set Bento.


~ Konichiwa Cafe Bangi Review - Cheezy Tori Karaage ~

 

Karaage ini adalah salah satu makanan jepun yang seakan sama dengan makanan Malaysia yang diberi nama Popcorn Ayam, namun ianya adalah bersaiz lebih besar daripada Popcorn Ayam.

Apabila dihidangkan dengan Cheese dan juga Mayonis, Karaage ini menjadi sedap dan sangat puas dengan setiap gigitan. Harga untuk satu hidangan ini adalah RM 10.90 sahaja, dan dikategorikan dibawah Appetizer.


~ Konichiwa Cafe Bangi Review - Konichiwa Fried Rice ~

 

Konichiwa Fried Rice ini adalah makanan Fusion yang menggabungkan masakan traditional dengan masakn jepun. Nasinya yang seakan-akan rasa nasi goreng, disediakan dengan sebatang sate dan beberapa lagi jenis makanan jepun yang lain.

Melihat kepada perhiasan yang diberikan didalam menyediakan hidangan ini sudah cukup membuatkan anda terasa lapar. Harga untuk hidangan ini adalah RM 16.90 sahaja.


~ Konichiwa Cafe Bangi Review - Chicken and Beef Teppanyaki ~

 

Set hidangan Teppanyaki juga amat terkenal di Konichiwa Cafe, dimana setiap set hidangan ini didatangi dengan Nasi Steam ala-ala Jepun, Miso Sup, Sayuran Taugeh yang digoreng dengan bawang putih, Chawan Mushi dan juga beberapa jenis sos istimewa yang hanya boleh didapati di sini.

 

Rasa daging ayam dan juga daging lembu yang dihidangkan bersama-sama sangat lembut dan lazat. Ianya tidak kering, dipotong dengan cara yang betul untuk memastikan ianya mudah untuk dimakan.

Harga untuk hidangan Chicken Teppanyaki adalah berharga RM 23.90 untuk satu hidangan manakala harga untuk Beef Teppanyaki adalah berharga RM 25.90 untuk satu hidangan.


~ Konichiwa Cafe Bangi Review - Assorted Sushi ~


 

Hidangan sushi juga boleh didapati di Konichiwa Cafe ini, dimana hanya 2 pieces sahaja untuk setiap hidangan (dan ianya bersaiz lebih besar sedikit berbanding saiz biasa). Harga untuk sushi ini berbeza mengikut jenisnya, seperti dibawah.


|  Tako - RM 6.90  |  Ebi - RM 6.90  |  Kani - RM 6.90  |  Tamago - RM 6.90  | Kani Mayo - RM 6.90  |  Tamago Mayo - RM 7.90  |  Tuna Mayo - RM 7.90  |  Corn Mayo - RM 3.90  |  Ebikko - RM 6.90  |  Inari - RM 5.90  |  Unagi - RM 10.90  |


~ Konichiwa Cafe Bangi Review - Tokyo Drift Bento ~


 

Tokyo Drift Bento ini disediakan dengan 2 Assorted Sushi bersaiz besar dan 6 Assorted Sushi bersaiz biasa, 2 Tempura Udang, Tempura Ikan, 2 Tempura Vege, 3 pcs Nigiri (Ebi, Tamagoyaki dan Crabstick), Potato Salad, Miso Sup dan juga Chawan Mushi.

Semestinya hidangan yang menjadi rebutan bagi peminat Sushi dan juga Tempura.



~ Konichiwa Cafe Bangi Review - Okonomiyaki ~

 

Hidangan ini adalah merupakan hidangan yang agak unik bagi kami, dimana ianya adalah sesuatu yang baru kami rasai. Ianya seakan-akan pancake yang mempunyai struktur dan kandungan yang sama dengan takoyaki, namun ianya bukannya bulat.

Rasanya hampir sama dengan rasa takoyaki, memberikan hidangan ini berharga RM 15.90. Memang amat berpuas hati merasai dan menikmati hidangan ini.


**********

Sekiranya anda berada berhampiran dengan Bangi, dan ingin merasai hidangan makanan Jepun yang dijamin Halal, anda boleh datang ke Konichiwa Cafe ini untuk merasai hidangan-hidangan Jepunnya yang unik.

Rasanya tidak sehebat rasa makanan Jepun yang selalu kita rasa, terutamanya di Miyagi, Kiraku, mahupun di kedai-kedai makanan Jepun yang lain, namun kita tahu isi kandungan di dalam masakan ini adalah dijamin Halal.

Chefnya juga adalah merupakan Orang Melayu Muslim kita, dimana pembantu-pembantunya juga adalah orang Islam. Sudah semestinya hidangan ini adalah terbaik untuk umat Islam.

Sampai disini sahaja perkongsian saya pada kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang. Bubbyeee~~~~~

No comments:

Post a Comment